Wednesday, December 14, 2011

HANYA DIRIMU SAYANG


Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku

06DEC
“Abang nak dengar cerita tak?” Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.
Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.
Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.
“Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm…tak pelah.” Dia mencebik muka.
Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian… tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.
“Haa! haa..!” Aku pantas bangkit dan melarikan diri.
“Abang!” Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.
Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.
“Sayang! Abang cubit sekali je tadi,” ujarku cuba membela diri sambil ketawa.
“Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya.” Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!
Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini.
“Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!” Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.
“Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan.” Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.
Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian.”Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh.”
Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.
“Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri.”
Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.
Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.
“Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya.”
Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.
“Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:”(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.”
(Surah An-Nuur:26)”
Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.
“Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki.”
Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
“Abang cemburu?” Soalnya lembut dan manja.
“Love is never without jealousy,” jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.
“Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?” Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.
“Abang nak tahu siapa dia?” soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.
“Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you’ve already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah.”
Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.”
(Hadis riwayat Ibn Jabir)
“Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang” Lirihku lembut.
“Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra.” Lirihnya kembali.
Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.
“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.”
(Surah Ar-Ruum: 21)

Friday, November 25, 2011

tolong sampaikan padanya

Tolong sampaikn kepada bakal imamku
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..




Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..




Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..




Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Ya Allah kadang2 insan ini lemah maka KAU kuatkanlah dia,
kadang2 dia resah maka tenangkanlah,
kadang2 dia gentar maka campakkanlah keberanian ke dalam hatinya,
dia meminta maka kabulkanlah,
dia berjuang maka permudahkanlah,
dia ber'amal maka terimalah,
dia sangat sayang padaMU,maka sayangilah dia,
dia yakin padaMU maka KAU Maha tahu apa yang t
erbaik untuknya...

Bisikan cinta


Ku bisikkan Cinta..
mungkin cintakan membawaku tinggi ke awanan dan bintang2
Saat pertama kali aku hadir ke majlis seperti ini
Aku merasa tenang seperti ikan di dalam air,
benarlah kata Nabi
Bahawa inilah taman-taman syurga
Sejak saat itu, malam2ku dipenuhi mimpi-mimpi indah
Rabbi… aku gelisah, apakah amalanku Engkau terima… hingga aku merasa bahagia
Ataukah Engkau tolak hingga aku merasa sedih…
Demi Maha kekuasaanMu inilah yang akan kulalukan selama Engkau
Beri daku hidup..
Sekiranya jika Engkau usir aku dari pintuMu
Aku takkan pergi kerana cinta padaMu telah memenuhi hatiku..
Ya Allah…
Dengarkanlah bisikkan hatiku ini
Pada dua persimpangan jalan laluan hidupku ini
Aku hanya ada dua pilihan
Hidup untuk terus menyintaiMu dan RasulMu
atau mati
Seribu kerinduan telah membakar diriku
Seribu penyesalan telah melanda diriku
tanpaMu siapa aku
kadang ku menangis kerana ku sedar betapa
 jauhnya aku denganMu
Wahai Rabbi betapa diriku ini terlalu hina disisiMu
Dengan berbuat Noda dan dosa.
Aku sentiasa bimbang dengan nasib-nasib di hari kemudian
Ya Allah pimpinlah aku melalui jalan kekasihMu
Moga cahaya kebahagiaan akan sentiasa menerangi jalan hidupku
Di dunia dan di akhirat..
Amin ya Rabbal ‘Alamin…

Sunday, July 24, 2011

MUJAHADAHLAH SIKIT!!


“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”

“Tukarlah hati baru.”

“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

+++ 

“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?” 

"Yang mana?” 

“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.” 

“Heh, terajang karang.” 

“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali, 

“Carilah hatimu di tiga tempat: 
1) ketika membaca al-Qur'an 
2) ketika solat 
3) ketika mengingat kematian. 
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!” 
[Imam al-Ghazali] 

“Itu ana dah try dah.” 

“So? Masih tak ada hati lagi?” 

“Entah lah.” 

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?” 

“Hehe. Lebih kurang lah.” 

“Ha?! Betulkah?” 

“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.” 

“Err.. Ana tak faham.” 

+++ 

“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..” 

“Hah!! Couple?!” 

“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..” 

“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’ 

“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.” 

“Risau part yang mana? Debat?” 

“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.” 

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.” 

“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.” 

“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?” 

“…” 

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.” 

“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.” 

“Hah. Lagi berat ni..” 

“Kenapa?” 

“Antum suka kat dia?” 

“Kena jawab kah soalan ni?” 

“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.” 

“Ana tak faham..” 

“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..” 

+++ 

“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.” 

“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..” 

"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!" 
[Emran bin Ahmad] 

“Maknanya?” 

“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.” 

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.” 

“…” 

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.” 

“Tapi, kami tak couple..” 

“Antum selalu messaging dia kan?” 

“Ya.” 

“Call?” 

“Kadang-kadang..” 

“Antum ada perasaan kat dia?” 

“Sikit.” 

“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?” 

“Err..” 

“Betulkan?” 

“Ya lah kot.” 

“Itu couplelah namanya.” 

“Kenapa pula?” 

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.” 

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” 
[QS Al-An’am, 6:112] 

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.” 

“…” 

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.” 

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.” 

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.” 

“Hmm..” 

+++ 

“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?” 

“….” 

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.” 

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?” 

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.” 

“…” 

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.” 

+++

“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.” 

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” 
[QS an-Nuur, 24:32] 

“Alah, nikah ke?” 

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.” 

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[QS an-Nuur, 24:30] 

“Heh. Sama je..” 

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”

"Beratlah, akh."

"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"

"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lezat beribadah di hatinya." 
[HR Ahmad dan Al-Tabrani]

Tuesday, July 19, 2011

Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
“Macam cari gagak putih,” tambahnya.
“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.
“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ….. biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”
“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.
UKUR TAKWA
“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.
ADA CARA LAIN
“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.
“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”
“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”
LEBIH TEPAT
“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”
TERLALU IDEAL
“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”
“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”
MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
“Boleh lebih kurang lah ni ye?”
“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”
“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”
“Oh saya faham”
“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”
……Sekadar ingin berkongsi dgn rakan2 sekalian …ada betul jugak nyer kan

Popular Posts