Friday, November 25, 2011

tolong sampaikan padanya

Tolong sampaikn kepada bakal imamku
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..




Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..




Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..




Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Ya Allah kadang2 insan ini lemah maka KAU kuatkanlah dia,
kadang2 dia resah maka tenangkanlah,
kadang2 dia gentar maka campakkanlah keberanian ke dalam hatinya,
dia meminta maka kabulkanlah,
dia berjuang maka permudahkanlah,
dia ber'amal maka terimalah,
dia sangat sayang padaMU,maka sayangilah dia,
dia yakin padaMU maka KAU Maha tahu apa yang t
erbaik untuknya...

Bisikan cinta


Ku bisikkan Cinta..
mungkin cintakan membawaku tinggi ke awanan dan bintang2
Saat pertama kali aku hadir ke majlis seperti ini
Aku merasa tenang seperti ikan di dalam air,
benarlah kata Nabi
Bahawa inilah taman-taman syurga
Sejak saat itu, malam2ku dipenuhi mimpi-mimpi indah
Rabbi… aku gelisah, apakah amalanku Engkau terima… hingga aku merasa bahagia
Ataukah Engkau tolak hingga aku merasa sedih…
Demi Maha kekuasaanMu inilah yang akan kulalukan selama Engkau
Beri daku hidup..
Sekiranya jika Engkau usir aku dari pintuMu
Aku takkan pergi kerana cinta padaMu telah memenuhi hatiku..
Ya Allah…
Dengarkanlah bisikkan hatiku ini
Pada dua persimpangan jalan laluan hidupku ini
Aku hanya ada dua pilihan
Hidup untuk terus menyintaiMu dan RasulMu
atau mati
Seribu kerinduan telah membakar diriku
Seribu penyesalan telah melanda diriku
tanpaMu siapa aku
kadang ku menangis kerana ku sedar betapa
 jauhnya aku denganMu
Wahai Rabbi betapa diriku ini terlalu hina disisiMu
Dengan berbuat Noda dan dosa.
Aku sentiasa bimbang dengan nasib-nasib di hari kemudian
Ya Allah pimpinlah aku melalui jalan kekasihMu
Moga cahaya kebahagiaan akan sentiasa menerangi jalan hidupku
Di dunia dan di akhirat..
Amin ya Rabbal ‘Alamin…

Popular Posts