Wednesday, June 13, 2012

sahabat, kenapa masih mahu pergi?

sahabat,
bagai baru semalam engkau menegurku
bagai baru semalam kau bertanya namaku
bagai baru semalam kita sering berbalas soalan
bagai baru semalam kita menyambung sebuah ukhuwah

sahabat,
kenapa masih degil dengan pegangan mu itu
aku bukan menghalang
tapi kau perlu ingat
berbezanya suasana di sini
dan di tempat yang akan kau mendalami ilmu

sahabat
bukan niatku menghalang
bukan niatku untuk membatalkan cita-citamu
tapi aku takut
kau akan jadi seperti mereka
yang terpengaruh dengan suasana yang tidak solehah
aku dan sahabat yang lain masih mengharap
agar engkau terus bersama kami

sahabat
engkau lah wasilah kami menjadi rapat
memang semua itu berlaku takdir dari Allah
tapi engkau adalah pemula persahabatan kita
jujur aku katakan
engkau lah sahabat terbaik dari kalangan yang terbaik

sahabat
kini aku cuba belajar melepaskanmu
bukan kerana benci
bukan kerana menyampah dengan keputusanmu
tapi kerana jawapan dari Allah terhadap istikharahmu

sahabat
mungkin selepas ini
gurau senda kita hanya di alam maya
tidak lagi dapat makan bersama
tidak lagi dapat bertukar suka dan duka bersama
 moga Allah sentiasa bersamamu

Monday, June 4, 2012

Dunia Memerlukan Senyumanmu

Posted by .:naqib saad:.


Tersenyumlah wahai hati
Mengapa terus menerus larut dalam tangisan?
Tangismu itu hanya akan membuat hatimu tercabik-cabik dan murung.

Tersenyumlah wahai hati
Cukuplah kau berasa pilu!
Sudah
Cukup sudah sedihmu
Tiada guna kau tangisi pada perkara yang sudah terjadi

Cuba lihatlah matamu yang membengkak!
Cuba lihatlah hatimu yang sesak!
Tak kesian kah?
Tak kesiankah pada matamu yang indah itu?
Tak kesiankah pada hati yang bening itu?

Dunia memerlukan senyumanmu
Bukan tangismu!
Tersenyumlah wahai hati
Tersenyumlah wahai penduka
Sambutlah kembali harimu dengan senyum manismu
Dengan senyum ceriamu

Mana senyummu?
Ayuh, tersenyumlah agar dunia pun tersenyum untukmu!

Perkara yang membuatkan hatimu sakit
Tiada guna disesali
Tiada guna ditangisi
Tataplah masa depan
Bukan masa lalu
Positifkan dirimu

Sekalipun engkau rasa seolah tidak mampu tersenyum
Tersenyumlah !
Kerna Allah masih melimpahkan nikmat yang tidak terkira kepadamu
Dampingilah Allah agar engkau terus kuat tersenyum.

Sebenarnya,
Allah sayang padamu
dan bumi juga rindu pada senyuman manismu
Tersenyumlah :)


Khas untuk insan - insan yang sedang sedih, bukan apa, tadi check video Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih di youtube. Alhamdulillah tak sangka ramai juga viewer, dalam 140,000+-. ramai kot orang - orang tengah down yang layan video tu. :D

Menangis tak salah pun, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okeh. moga Allah redha :)


"Perjalanan kita ni jauh lagi, jauuuuh sangat. Kalau kita terjatuh dalam perjalanan tu pastu tak nak bangkit kembali memang tak kemana lah kita. So, kalau jatuh, bangkitlah !, jatuh tu pun bukan selalu , kadang - kadang je ^^",pesan danbo kepada anaknya. hihi.

Popular Posts