Sunday, July 22, 2012

menangiis?

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

Tuesday, July 17, 2012

warkah untuk siapa?


Diamku nanti, tak bermakna ku lupa atau terhenti.
Diamku kerana aku tahu, kau juga tahu. untuk menjaga dan mencapai cita-cita.
untuk kepentingan bersama.
walaupun ku tahu, agak payah. namun, mari sama-sama usaha supaya terlaksana & berjaya.
namun, andai ada khabar yg ingin kau kongsi bersama,
ia sentiasa terbuka.


maaf. sebenarnya diriku amat takut. takut..
ya, ku rasa kau tahu.
seperti yg kau beri tahu selalu,
masa hadapan pasti akan datang. kau nampak tenang.
Oleh itu, aku selalu berdoa supaya usah khuatir.
Jika dia benar untukku. InsyaAllah suatu hari nanti, dia akan kembali. mohon kekuatan.
namun kekadang khuatir tu mendampingi..


seperti yang pernah kau beri tahu.
" maaf berharap dan memberi harapan"
ku kata. tidak mengapa.
tapi tidak di hati. ku mengharap. maaf sekali lagi.
Oleh itu, ku cuba usaha untuk mencintai-Nya lebih dahulu.
untuk berjaga-jaga di kemudian hari.
tapi takut tu selalu menghampiri..


pernah juga kau bertanya. pernah ada cemburu di hati?
ku juga jawab, andai dapat kawalnya, segalanya oke-oke sahaja.
ya. itu betul.
namun, baru-baru ini, kekadang ia menjengah dihati. sakit.
tapi ku pulihkan semula dengan kata-kata,
" dia, belum lagi pasti tercipta untuk engkau.
siapa engkau mahu berlaku tidak adil kepada dia? "
engkau setuju bukan?
maaf. entah mengapa, ia mudah pula datang.
nanti ku cuba menghalang.
kau usah khuatir :)


dan juga, diriku tak sesempurna mana.
benar. dan juga tidak sebaik mana.
namun, ku cuba Jadi yg sempurna dan Jadi sebaik mungkin.
sebab itu, ku mohon engkau,
terus disisi untuk melengkapi diri ini.
suatu hari nanti. jika benar engkau yg tertulis.


atau mungkin, ku yg terlebih memikirkan?
hm, mungkin benar. maaf ya. minta abaikan.
permudahkan untuk memikirkan yang baik-baik ^^


namun, andai suatu hari nanti, memang bukan.
dirimu bertemu dengan dia.
engkau bahagia, aku juga turut bahagia. ingat itu sahaja.
dan ku harap engkau anggaplah ini sekadar kertas contengan.
dan sebelum itu, ingin ku katakan.
terima kasih, kawan :)
moga terus berkawan ^^


maaf. maaf. maaf. dan maaf lagi.


biar berpisah didunia, jangan terpisah di syurga. ^^

Sunday, July 15, 2012

dari wanita kepada bakal cinta sejatinya

Aku adalah wanita,
Wanita yang diberikan seribu keistimewaan oleh Sang Pencipta,
Namun,
Aku bukanlah,
Gaya wanita yang berjaya menundukkan pandangannya daripada pemburu cinta…
Bukanlah,
Gaya wanita yang menjaga mahkotanya,
Dengan helaian selendang mengikat kemas,
Menyarungkan purdah tuntutan Ilahi…
Bukanlah,
Gaya wanita yang putih hati nurani,
Bahkan bermuka-muka meminta simpati…
Bukanlah,
Gaya wanita solehah yang diidami muslimin sejati,
Jauh sekali dipuji atau didampingi,
Mungkin tidak layak barangkali,
Memburu cinta muslimin sejati…
Aku adalah wanita,
Yang mendambakan kasih dan ihsan,
Khalifah unggul muka bumi,
Yang ikhlas memberi dan menerima..
Gaya wanita yang sering kalah akan godaan nafsu,
Tetapi dahagakan nikmat iman yang baru..
Gaya wanita yang megah akan kecantikan duniawi,
Tetapi memikirkan kafan yang membaluti diri…
Gaya wanita yang sering bermuka-muka,
Tetapi takut memakan diri,
Menjadi hamba dimurkai Ilahi…
Mungkin,
Masanya telah tiba,
Menghulurkan salam memperbaiki diri…
ASSALAMUALAIKUM…muslimin sejati,
Bimbingan darimu begitu berharga,
Namun, berhargakah diriku bagimu untuk dibimbing?
Andai dirimu ikhlas merubah diriku,
Aku panjatkan kesyukuranku pada Ilahi,
Menemukan diriku dengan dirimu…
Si Muslimin sejati sebagai SUAMI…..

Wednesday, July 4, 2012

YA ALLAH

Ya Allah,
Hari ini aku sangat gembira
terima kasih padaMu atas nikmat ini
kerana Engkau,aku miliki sahabat-sahabat yang memahami..
sungguh aku akan menjaga segala yang engkau berikan ini

Tetapi ya Allah,
aku berasa seperti tidak layak untuk mendapat nikmat ini
jika nak di bandingkan dengan amalanku yang tak seberapa
sungguh ya Allah
air mata yang menitisa dariku untukMu boleh di bilang
sedangkan nikmatmu begitu banyak sehingga tidak terbilang..

Wahai cintaku
apabila aku melihat mereka yang Engkau uji
 dengan mengurangkan nikmat pada mereka
aku berasa sangat bertuah
benarlah kata guruku
jangan melihat orang di atasmu
tapi lihatlah mereka yang berada di bawahmu
pasti engkau akan bersyukur

Wahai pemilik hati ini
kadangkala Engkau uji hati ini
dengan menghadirkan rasa yang cukup indah
kadangkala juga aku lupa
semua itu darimu
sungguh penyesalan dalam diri ini
jika aku tidak berterima kasih padamu..

Wahai penentu segalanya
aku berharap ujianMu sentiasa menemani ku
kerana dengan cara itu sahaja
aku akan mengetahui bahawa engkau
sentiasa memerhatikan aku
bertuah bagiku jika kasihMu sentiasa ada dalam diriku
gelisah menjadi tenang
payah menjadi mudah
sedih menjadi ceria
dan
duka menjadi cinta...

moga Engkau sentiasa dalam hati ini ya Allah..

by: ~LAKARAN KASIH~
   " PUTERA WALID "

sendiri menyepi by Akh Naqib....

Sendiri Menyepi



jom bace ! :D
Tika matahari berpasangan dengan si awan yang membentuk suatu paduan begitu gemersik keindahannya. Di saat kanak-kanak tertawa riang bermain bersama-sama. Disudut kedamaian taman rekreasi itu.. terlihat dua insan yang telah bersahabat rapat sejak kecil lagi, bergurau senda..

"Mar, kau tak minat ke kat Abdullah tu?" persoalan itu terlontar jua oleh Siti yang juga rakan baik Nur Mardhiah.

Mardhiah terdiam seketika. pipinya kemerahan. matanya seolah-olah tiada lagi tempat untuk melihat selain ke bawah..malu menghiasi jiwa dan raga..

"sahabatku sayang, tiba-tiba je tanya pasal ni knapa? malu.. tahu tak??!" tegas Mardhiah

“ohhh.. malu tanda setuju. Orang tua-tua kata.. hehehe”. usik siti.

“Ouch ! sakit la” siti mengaduh sakit dipehanya yang dicubit oleh Mardhiah lantaran kenakalannya.

“Ha rasekan.. begitulah hatiku tadi, sakit jugak tau bila tercubit dengan soalan kau tu..” Mardhiah membalas.

“hehe ok maafkan saya ye Nur Mardhiah. gurau je. Peace no war. Hihi” dengan mimik muka keanak-anakan, siti meminta maaf pada sahabat baiknya itu..

“yela-yela, aku maafkan. Jangan ulang lagi soalan tu tau. promise?”Mardhiah memaafkan dengan syarat.

“baik boss..i promise..hehe” janji siti dengan tersengih-sengih manja.

“eh dah nak pukul 6.30 ni.. jom balik” ajak Mardhiah

“jom jom”sahut siti

Suasana alam menjadi lebih indah.. sang matahari yang tadinya mendengar segala perbualan dua sahabat baik bertukar menjadi mentari senja dengan gabungan warna mengasyikkan ditambah kicauan burung yang bagaikan melambai-lambai untuk pulang ke sarang masing-masing.. subhanAllah indahnya ciptaan Pencipta..! kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya…

Sebenarnya perbualan tadi berbekas di hati Mardhiah dengan suatu persoalan yang telah membuatkan hatinya tercubit..

Dia sendiri tidak pasti. Namun, dia akur. Jauh dilubuk hatinya memang menyimpan suatu harapan kepada Abdullah, pemuda yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya..

“Astagfirullahal’azim..” Mardhiah beristighfar.. dia cuba melupakan hal itu.. hal yang telah menggangu hatinya sehingga terlupa kepada Cinta Utamanya. Cinta yang sepatutnya lebih diutamakan..dia tahu jika dibiarkan terus melayan perasaan itu di hatinya. Lama kelamaan dia pasti akan terus hanyut seperti air di sungai. Namun itu air di sungai yang mana penghujungnya di laut, baginya jika tersilap langkah, dia pasti terhanyut sehingga penghujungnya membawa kepada kemurkaan Allah.

Dia mencari kekuatan..dia masih mengingati kata-kata yang dia sendiri tidak pasti dari mana dia dapat..namun kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya..

Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Dia sedar cinta Allah yang patut didahulukan. Namun dia hanyalah manusia biasa, yang dangkal imannya, yang tidak mampu menepis rasa cintanya kepada hamba Allah yang bergelar lelaki..tetapi dia tekad.. dia akan cuba melupakan rasa itu sehingga suatu saat yang akhirnya dihalalkan untuknya untuk merasai keindahan perasaan cinta itu. Masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Dia yakin jika dia kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT. Segalanya akan indah pada waktunya. insyaAllah.

Dia meluahkan segala isi hatinya di dalam diari comel miliknya..

Duhai syabab pujaan hati..
Maafkan daku mencintaimu
Namun segalanya daku serah padaNya. Pencipta rasa Cinta ini.
Ku masih ingat satu kata yang pernah dirimu lontarkan,

"Kalau kita sayangkan sesorang itu , pastikan kita berusaha supaya dapat selamatkan seseorang itu dari azab api neraka dan mampu ke syurga"

Kerna rasa ini. insyaAllah prinsip diatas akan ku pegang erat dihati. Daku tidak mahu diri inilah penyebabmu terperusuk jatuh ke dalam neraka. 
Daku tak mahu dirikulah yang menjadi Fitnah terbesar buatmu.
Daku mahu diriku inilah yang mampu membawa kita bersama melangkah syurga ciptaanNya yang terbentang luas bagi kita sekiranya cinta kita ini dilandaskan cinta kepadaNya.
insyaAllah itulah kebahagian di dunia dan Akhirat yang harus kita tuju bersama
semoga Allah menyatukan rasa cinta ku ini dengan cintamu di jalan yang diberkati dan diredhaiNya
akan ku berdoa kepadaNya agar jodohku hanya untukmu…….


"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”(Surah al-Mu’min, 40: 60)

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)




Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.






Popular Posts