Monday, September 24, 2012

Bimbinglah daku kembali

Sunyi ,sunyi dan terus sunyi
setiap hari aku menanti, masihkah ada peluang
untuk aku terus bersama denganmu
setiap hari aku sentiasa berharap dan mengharap
agar engkau kembali kepadaku dan sentiasa bersamaku..

Benar,
Dulu aku tidak menjaga engkau dengan sebaiknya
Tapi itu semua kerana kesilapan dan kelalaianku
Kelalaian yang sentiasa di lakukan oleh setiap insan
Kelalaian yang membuatkan aku lupa tentang pentingnya dikau


Wahai dikau
Aku mohon agar engkau kembali
Supaya aku menjadi tenang
Sebagaimana tenangnya bunga yang sedang mengembang mekar
Sebagaimana tenangnya ombak yang beralun d lautan..

Kini,
Kehidupanku semakin tidak bermakna
Seperti seekor burung yang baru belajar untuk terbang
Terhuyung-hayang di awangan
Terkadang terjatuh,aku cuba untuk bangun kembali
Terkadang dicaci tetap aku tabahkan hati ini untuk terus terbang

Namun,
Usaha itu tidak akan berjaya
Jikalau tiada siapa yang mahu membimbing
Membimbing aku untuk terbang
Hanya engkau wahai penenang hati ku..

Terasa malu diri ini
Ingin kan kembali sesuatu yang telah ku abaikan dahulu
Biarlah apa kata orang atas apa yang telah aku lakukan padamu dahulu
Tidak akan ku kisah asalkan kita bersama

Oleh itu,
Dengan penuh kehinaan diri dan rendah hati
Adakah masih ada ruang untuk aku bersamamu
Buat kedua kalinya wahai Iman yang sentiasa memberi ketenangan di hati ini..



Jangan Pernah Melepaskan Keimanan yang Telah Allah Berikan

p/s: jangan pernah berputus asa atas kesilapan yang pernah kita lakukan dulu,sesungguhnya masih ada kebaikan di dalam diri kita meskipun setinggi gunung kejahatan pada kita. Allah itu tidak pernah menutup ruang untukhamba-Nya bertaubat.

Apabila aku terjatuh,pasti ada yang membantuku untuk bangun dan bertatih kembali.
Kerana Allah itu sentiasa mencintai hambanya yang ingin berubah kepada kebaikan.









Thursday, September 13, 2012

DUNIA ? BENARKAH IA MENIPU ?



Cubalah engkau lihat pada reruntuhan rumah yang telah ditinggalkan oleh penghuninya, 
betapa ia kelihatan gersang dan sudah tidak dipedulikan lagi.

Semua sudah binasa dan yang tinggal hanya puing - puingnya sahaja lagi,
batu batanya jatuh berselerak dan berhamburan.

Para penghuninya telah lama pergi untuk menemui balasan,
berita tentang mereka sudah lama tidak terdengar,
bahkan orang sudah tidak pedulikan lagi dengan cerita mereka.

Bila ku lihat dan ku fikirkan keadaan ini,
mesti air mataku mengalir membasahi pipiku.

Seandainya aku benar - benar memiliki akal yang sempurna, 
sudah tentu aku akan terus menangis.

Cukuplah  keadaan itu memberi nasihat kepadaku,
dan cukuplah mataku mengambil iktibar daripada apa yang sedang dilihatnya.

Sebenarnya dunia ini 
telah memerangkap kita dengan perhiasannya.
Ia memiliki kecekapan yang luar biasa dalam menipu 
dan memutarbelitkan kenyataan.

Bila ia pernah memberikan sedikit kemanisan kepada penggemarnya,
pasti selepas itu ia akan memerangkapnya dengan kepahitan.

Itulah dunia yang sangat pandai menipu
dengan keindahannya.

Apabila ia datang dengan kegembiraan,
maka pasti kegembiraan itu akan dibayar dengan kesusahan.

Dunia memang pandai memberi,
namun ia pasti akan menarik semula pemberiannya itu.
Dan bila ia membangunkan sesuatu tempat,
maka sudah pasti pada suatu masa yang akan datang
tempat itu akan dihancurkan semula.

Apabila dunia membangunkan suatu perkara bagi seseorang, 
maka pada masa yang sama,
sebenarnya ia telah memasangkan satu perangkap 
yang akan menghancurkannya pada suatu masa yang akan datang.

Popular Posts