Friday, October 26, 2012

Aku disini baik-baik saja

Saat ini,aku baru sahaja membaca sebuah tulisan..aku tertanya-tanya, adakah mungkin tulisan itu tidak kena mengena dengan aku?,tapi isinya seolah-olah tepat ke arahku..ya benar,memang amat tepat.


"Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?"

Sedarkan aku wahai Allah..hari ini berapa ramai wanita yang aku pandang,yang aku tenung.. aku tidak tahu mengapa,adakah kau tujukan ayat ini pada aku?
Kau perlu tahu,aku ini bukanlah lelaki yang mampu menundukkan pandangan terhadap wanita apatah lagi tidak mengendahkan. .kerana kehidupan ku sehari-hari terpaksa berhadapan dengan semua itu. .tapi aku harap engkau tidak meletakkan perbuatan itu sesuatu yang menjatuhkan maruahku, melalui perkara-perkara itu aku belajar untuk berurusan dengan makhluk yang menghilangkan rasa jemu di syurga,ya wanita...perkataan yang bisa menggegarkan dunia. .tapi engkau teruskanlah dengan azammu itu wahai ......cuma aku meminta jangan meletakkan harapan yang tinggi pada makhluk bernama lelaki. . .

Benar apa yang engkau lakarkan,jiwa remaja sentiasa ingin di sayangi dan menyayangi. .aku juga begitu. .seringkali aku tertumpas dengan 'jiwa' ini.. .gembira sungguh hati membaca bahawa engkau hanya ingin menjaga hatimu hanya untuk suamimu..teruskan azam itu,jangan biarkan hati itu menjadi labuhan hati lelaki lain.. :')

Wahai engkau yang disayangi Allah,mungkin hari ini engkau diuji dengan seorang lelaki ingin mengenalimu. .namun aku diuji dengan rasa ingin mengenali seseorang..tapi engkau jangan risau di sana,sebab aku disini bukanlah mencari cinta insan..tapi mencari ilmu yang ingin ku bawa untuk memikul amanah dari Allah kelak.. aku baik-baik saja. ^_^

Betul katamu..selagi belum diikat dengan ikatan yang sah,jangan biarkan syaitan itu terus menggodamu..peganglah syariat agama...

Malam ini membuka mataku semula..syukran A'alaik Ya Allah..

By; ~Lakaran Kasih~
        "Putera Walid"             11.54 p.m

_Hati-Hati mencari Hati_

Wednesday, October 24, 2012

Pertemuan adik dan abangnya :)

"salamullahualaik ya akhi.."adek angkat ku bertanya
Alaikassalam..kaifa hal?..
Alhamdulillah bi khair..
lima taltaqa li..?
'ana ada masalah sikit la abang..'pertanyaannya di teruskan..
"Hm..pasal perempuan kan" aku mengagak..
'betul tu bang,,saya ada minat dan suka sangat dengan seorang perempuan ni..tapi ciri-ciri solehah tu kurang pada dia'
"jadi, apa masalah kau sekarang ni?"
'saya nak cuba la tanya abang...benda ni datang dari Allah atau syaitan..'
"eh kau ni..ingat aku ni doktor cinta ke??kau kena ingat aku ni pun takde siapa yang nak..haha."aku cuba menenangkan hati adekku itu.
'ada je yang nak,tapi abang yang tolak..siap kakak orang tu lagi yang tanya abang ada siapa2 atau tak..'
"ISH! da masuk cerita lain pula,dah2..pasal apa tadi?takut rasa hati yang datang tu dari syaitan ye?''
'haah'
"sebelum tu,siapa namanya?'''
'em,mana boleh bagitau..nanti abang tackle..'
"ah kau ni..macam la cantik sangat budak tu.."
'mestilah sebab tu saya minat'
"macam nilah,kau minat die sebab apa?"
'macam abg prnah pesan dulu,carilah perempuan yang mana indah akhlaknya dan baik keturunannya ,kalau lawa itu advantage"
"pandai-pandai menambah pasal advantage tu ye,memanglah . .tapi abang waktu tu bagi tazkirah kat semua orang . ada kawan-kawan abang sekali bukan untuk kau sorang je"
'Oh yeke bang??hehe ,sory tapi saya kira kawan abang jugak lah kan?'
"haha,kau tu lebih dari kawan.macam ni,kau rasa sesuai ke dalam keadaaan macam kau ni untuk mencari?"
'Tak tahu '
"Kene faham dek,setiap pesanan dan perbuatan nabi tu memang benar dan tidak boleh dinafikan. dalam masa yang sama kena sesuaikan dengan keadaan,contohnya nabi makan menggunakan 3 jari,dan kita pun ikut cara nabi makan 3 jari. .sesuai kah? betul ianya baik dan terbaik,tapi bayangkan andai kita makan nasi guna 3 jari,sampai bila nak habis?memang boleh habis tapi lambat.. macam tu jugak hadis nabi pasal mencari calon isteri :

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

sekarang ni kau pegang hadis ni, tapi kau nak laksanakan hadis ini bukan sekarang.sebab masa kau tak sampai lagi. .masa kau lebih banyak perlunya kepada belajar. .dapatkan ilmu sebanyak mungkin. . jangan fikir sangat nak minat perempuan sana dan sini..tapi tumpu pada asas untuk memilih wanita iaitu ilmu..tak guna minat wanita tanpa ilmu..jauh perginya nanti..boleh?"
'InsyaAllah bang,terima kasih bagi nasihat pada saya..lepas ni saya akan cuba tumpukan pada pelajaran dan takkan sekali-kali memandang wanita.'
"betul,dalam surah an-Nur juga ditekankan agar orang beriman menundukkan pandangan,tapi dek jangan pernah lawan fitrah ye..sebab itu adalah perkara yang pasti..cuma jaga ye. ."
'InsyaAllah..syukran ye abang . . . ."

Tuesday, October 23, 2012

tak tersangka tak terduga!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..sudah genap seminggu berada dirumah. seronok dapat bersama-sama dengan family. walaupun tak banyak berjalan ke sana kemari,tapi duduk dirumah banyak 'benda' yang boleh kita perolehi.mahupun nasihat ataupun ganjaran dari Ilahi.Kepada sahabat-sahabat yang bercuti di rumah tu,ringan-ringankanlah tangan tolong mak ayah ,sebab mak ayah ni adalah kunci utama untuk ke syurga. Nabi bersabda lagi,
             Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..

ingat ! pesan nabi itu pasti,masakan tidaknya nabi kn Al-Amin..Sollu a'la Nabi muhammad..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

nak ceritanya,seminggu yang lepas,sahabat dari negeri sembilan ada ajak untuk buat program d Kuala Pilah ,Negeri Sembilan..sejujurnya ana ni bukanlah orang yg slalu berprogram,tapi kalau diberi peluang akan cuba buat yang terbaik :D
Jadi sahabat-sahabat,jika ada sesuatu permintaan untuk melakukan perkara yang baik dan kita pula masih kekok dalam melaksanakannya,maka cubalah sebab sesuatu perkara itu datangNya dari Allah.Semua yang datang dari Allah adalah untuk menjadikan kita lebih baik dan ustaz ana berpesan,sesuatu bakat itu bukan hadir secara semulajadi,tapi ia perlu dilatih dan terus di asah agar sampai ke tahap yang terbaik..insyaAllah..
Doakan kejayaan kami ya! pada 30,31/10/2012

Akhir kalam,dalam sibuk mengendalikan program jangan lupa pada pemegang hati..dialah yang akan membuka hati-hati peserta..sekian,assalamualaikum..:)

Wednesday, October 17, 2012

Jalan Takdir-Mu ya Rabb

Gambar Hiasan

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau ambil kesempatan atas kasih sayangnya..

Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar dia mempergunakan kesempatan yang ada..

Lelaki..
Bilamana ada insan menyayangimu..
Jangan kau perlakukan dia seperti hamba..
Seolah - olah dia tidak ketahui apa sebenarnya yang kau rasa..
Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar rasa sayang itu melebihi rasa cintamu pada Allah..
Hingga kau sanggup diperlakukan oleh dia yang entah siapa..

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau biar hatinya terluka kerana tingkahmu bersama yang lain..
Wanita..
Bilamana kau menyayangi seseorang..
Jangan sampai emosi mu melebihi rasa kasih dan sayang pada Allah...

Lelaki..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan memastikan kebahagiaan terpancar di wajahmu..
Biarpun dalam dirinya terselit kedukaan..
Takkan pernah sekali dia pamerkan..
Walau terkadang di ulit kemarahan..
Wanita..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan berlaku jujur denganmu..
Biarpun kejujuran itu melukakan jiwamu..
Walau dia tahu kau pasti akan pergi meninggalkan dia..
Asal saja dia tidak berpura - pura dalam mengenali dirimu..

Wahai Lelaki..
Engkau pemimpin..
Pimpinilah wanita yang engkau kenali..
Bukankah wanita perlu dilontar dengan lembut..
Jangan pula kau tambah merosakkan dia..
Didiklah dia dengan kebenaran..
Bukan sekadar kiasan dan hiasan..
Yang bisa menghancurkan dirinya..
Boleh jadi dia lelah dalam ujianmu..

Wahai wanita..
Engkau terlalu berharga..
Jangan kau menanti sesuatu yang tidak pasti..
Jangan kau berharap pada yang belum kau ketahui..
Jangan kau menghambakan diri dengan penuh setia..
Pada seseorang yang belum pasti menjadi pendampingmu..
Kelak kau yang akan merana..
Jangan kau tangisi mereka yang bukan lagi sesiapa bagi dirimu..
Kerana harga dirimu terlalu tinggi..

Wahai sekalian..
Fahami dan ketahuilah..
Terkadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang dipinta untuk kepentingan diri..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Maka kau temuilah walinya..
Mintalah izin dari mereka..
Agar kau mampu menjadi yang halal bagi dirinya..
Bukan sekadar bermain kata..
Menabur janji yang mungkin tersia..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Terimalah ketidaksempurnaan dirinya..
Bukan sekadar melihat kesempurnaannya..
Jika kau benar dengan dirinya..
Bimbinglah dia ke jalanNya..
Bukan sekadar hadir tika sukanya..
Dan pergi bila datang dukanya..
Jangan kau biar dia terkapai - kapai..
Agar kau tak sesal..
Bila melihat dia pergi di depan mata..
Sedang memang kau tahu..
Dialah yang benar untuk kalian..
Jangan kau sesal..
Bila melihatnya di depan mata..
Dan kau tak mampu untuk berada disebelahnya..

* Bukankah jalan takdir itu sudah dia tentukan...
   Apa jua kepastian, adalah kehendak bagi diri Nya..
   Sesempurna mana pun rancangan insan..
   Sempurna lagi ketentuan Allah SWT...


Sebaik - baik cinta adalah cinta Allah.. Bila kau ikhlas mencintai Allah, nescaya Dia akan melabuhkan cintamu pada yang benar - benar cinta akan Nya.. Dan bila kau sudah mendapatkannya, jagalah ia sebaik dan semampunya agar kau tidak tunduk pada nafsu dan cinta manusia.. Kerana semulia - mulia penghambaan hanyalah di hadapan Allah SWT..

Credit to: Anna Al-Khaulah (ukhti haqiq)

Sunday, October 14, 2012

Jangan sombong untuk terima nasihat

Jika nasihat dari manusia sekeliling tak boleh anda terima; nasihat dari ayah ibu tak boleh diterima, nasihat guru sukar nak ikut, nasihat sahabat-sahabat pun payah nak faham, nasihat orang lain serba tak kena...bagi kita, pendapat dan teguran orang lain keras sangat, lembut sangat. Tidak masuk ke dalam jiwa sanubari..

..maka, bukalah kitab hadis yang sudah diterjemah ke bahasa yang anda fahami. Hadis-hadis Rasulullah SAW ibarat Rasulullah SAW sendiri yang menasihati diri anda. Ibarat Rasulullah SAW yang berkata-kata direct kepada anda. Tiada kata-kata dan nasihat manusia lain yang lebih berhikmah dibandingkan dengan nasihat Rasulullah SAW. Tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut. Kata-kata Baginda terus ke dasar hati. Itulah kelebihan hadis Nabi SAW apabila dicermati satu persatu dengan teliti, insyaAllah akan ada sesuatu yang berlaku pada diri anda.

Hadis Nabi SAW; dibaca sekali mungkin kurang difahami. Baca lagi sekali, mulai faham. Baca kali ketiga dengan penjelasan guru, bertambah faham. Baca kali keempat dan seterusnya, menusuk ke dalam hati, merubah hati, mengisi kekosongan jiwa nurani, akhir sekali sampailah ke peringkat dirimu sedikit demi sedikit mulai mencintai Rasul yang bernama Muhammad bin Abdullah itu. Itulah kemuncak dan peringkat tertinggi. Oh! Manisnya iman...

Popular Posts