Tuesday, January 22, 2013

Kenapa MAcam ini, Kuatkan Aku Allah :'(

Salam Alaikum

Mungkin entri ini sedikit membosankan, yeah. sebab .. entahlah . setelah setengah semester ini baru banyak perkara yang dibongkarkan. tak sangka mereka tidak menyukai diri ini. tak tahulah kenapa, tapi hati manusia kan lain-lain. Alhamdulillah Allah masih berikan sahabat-sahabat yang support dari belakang. walaupun zahirnya nampak sahabat2 ni jenis yang suka-suka tapi bila bab memberikan semangat dan menceriakan merekalah yang terbaik. Meskipun diri ni selalu cuai dan lembap dalam sesuatu perkara kenapa tak bertanya sebab dan kenapa mesti dipanjang-panjangkan cerita. Diri ni tahu perkara ni memang dah lama. tapi senyapkan je. Tapi sampai satu masa ia terluah sendiri. Macam belon, makin diisi angin ia akan makin membesar dan sampai satu masa ia akan pecah. mungkin ini yang berlaku pada ana sekarang.

Tapi berapa ramai yang faham, bila mula berbicara orang kata beremosi, tidak meletakkan iman yang pertama dalam berbicara. tak pandai selesaikan masalah di kalangan ahli majmuah. Kenapa perlu pertikaikan perkara itu, sdgkan sebelum ni ana tak pernah merungut dalam menguruskan kerenah yang berbagai-bagai. di sebabkan satu masalah ini, masing2 nak jadi orang yang kononnye mengharmonikan sdgkan antunna sendiri yang memulakan. Ye , ana tahu mmg tanggungjawab ana mengharmonikan. Tapi kdg2 kita kne biarkan jugak, supaya ia menjadi pengalaman yang plg di ingati dan insyaAllah ia akan menjadi pengajaran.

Sudah-sudah lah mengatakan yang "kami"ini suka mengambil kesempatan. Tidak pernah terniat dalam hati setiap dari "kami". Dan bukankah antunna semua telah membuat fitnah ke atas kami? Sunnguh ana akui apa yang sahabat n pesanan guru ana selama ini benar dan tidak boleh d sangkal lagi. Antunna yang membenarkannya.

IM REALLY DISSAPOINTED WITH "YOU"

Biarkanlah aku berundur dengan senang ~

Thursday, January 17, 2013

Aku sentiasa membantu


















Sahabat , kini mungkin hampir genap setahun pengenalan kita,
bermula dengan salam perngenalan,
kau sambut dengan keikhlasan , mungkin sebelum itu
kita saling tidak memandang antara satu sama lain
kerana apa? itu rahsia kita berdua.

Namun kini sahabat, hubungan ini umpama telah terpatri
kerana Allah aku menymbutmu, begitu juga engkau
meskipun pendapat kita saling berbeza
perbezaan itu kita jadikan wadah untuk merapatkan lagi hati ini
engkau dengan cara engkau, aku dengan caraku
tapi bila bersatu , terbina sebuah kekuatan

Kekuatan itu lah yang membantu aku, membantu engkau
tatkala kita berjuang bagi mengembalikan D n T
apa itu D n T?
Dakwah dan tarbiah. .
Engkau sering menasihatiku
"Jangan kau ragu atas kebenaran yang d bawa ini, Allah tetap akan beri yang terbaik"
Teringat pula pesan ayahanda DR ______
Yang ramai itu tak semestinya benar,
dan yang popular itu tak semestinya tepat.

Aku ini bukan lah seorang yang celik akal
Berbicara pun tak pandai
apatah lagi menyelangi setiap kata-kata dengan kalam-Nya
tapi sahabat, aku akan terus mencuba untuk membantumu
kerana aku yakin , apabila kita berada di bawah mereka yang benar,
pasti Allah akan menolong

Biarlah berita itu terus tersebar
berita yang merosakkan namamu
tapi jangan kau lupa, kita adalah muslim bukan Muslim
mengambil perkataan itu menjadi sifat
bukan mengambil gelaran semata-mata
muslim itu sentiasa sabar dan tahan dengan pelbagai mehnah
dan akhirnya dia akan mencapai suatu kejayaan

~tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yng telah pergi~


INNI MA'AKA


"Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. 

Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh" - 114: surah Ali Imran


Thursday, January 10, 2013

Untuk apa masa mudamu?

~BISMILLAHIL AKBAR~


Alhamdulillah sekian lama meninggalkan alam blog sebab agak sibuk dengan urusan di  Universiti.Setakat ni masih mampu membawa diri untuk ikut terus apa yang diwajibkan kepada manusia.

Dan bantu membantulah ke arah kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bantu-membantu dalam keburukan dan permusuhan
                                                                                                                 (Al-Maidah : 2)

Hebatnya sahabat dalam memupuk semangat dalam beribadah kepada Allah. Mungkin hari ini kita tidak dapat merealisasikan sebagaimana yang sahabat telah lakukan. Akan tetapi kita kena ingat hidup ini tidak akan terasa manisnya tanpa amalan. Tambahan pula mereka yang masih muda dan masih bertatih dalam mencari identiti diri dan cara hidup yang sempurna. Dalam perkara yang sebegini kita perlu kaji kembali bagaimana untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang . Menurut hadith sohih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya :


Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain dari perlindunganNya : 1) Pemimpin yang adil , 2) Remaja yang membesar dalam beribadah kepadaNya , 3) Lelaki yang telah terpaut hatinya pada masjid , 4) Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, 5) Lelaki yang apabila di ajak berzina oleh perempuan yang cantik dan berpangkat lalu dia menolaknya dengan berkata : sesungguhnya aku takutkan Allah , 6) Lelaki yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak diketahui apa yang diberikan oleh tangan kanan. 7)Lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian sehingga berlinang airmatanya.

                                                                                                                         ( Al-Bukhari )

Jelas disini para remaja atau lebih molek kita gelar syabab , apabila mereka hidup dalam suasana beribadah dan sentiasa bertaqarrub kepada Allah., maka mereka akan dinaungi oleh Allah kelak. Jadi tak perlulah para syabab risau perkara-perkara yang sebegini. Tambahan pula, kehidupan remaja ini adalah kehidupan yang paling seronok untuk melakukan ibadah.

Seperti kisah Abdullah bin Amr bin Al-'Ash
Rasulullah s.a.w telah mendengar darinya : saya mengumpulkan al-quran dan membacanya dalam satu malam

Lalu baginda merasa hiba dan berkata : Sesungguhnya aku khuatir dengan jangka lamanya masa engkau itu akan membuatkan engkau merasa bosan . Jadi habiskan ia selama sebulan.

Abdullah bin Amr berkata, "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu baginda berkata : "Bacalah engkau selama 20 hari "

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah , biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu baginda berkata : "Bacalah engkau selama 10 hari"

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu Baginda berkata : "Bacalah engkau selama 7 hari"

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuaat dan mudaku ini"

Lalu baginda menolak permintaan nya untuk singkatkan lagi tempoh membaca sebuah al-quran  kerana ditakuti akan datang rasa bosan.

Inilah semangat yang perlu kita tanamkan dalam diri, beramal dengan apa yang sedia ada. Dengan umur yang remaja inilah kita boleh kaut sebanyak mungkin balasan bagi amalan2 baik.Manfaatkan masa muda dengan perkara-perkara yang berfaedah, cari ilmu sebanyak mungkin dan teruskan menggali sehingga jumpa emas yang dicari.
Manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara: Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati


sebelum kita dipanggil bertemuNya marilah kita berusaha agar apabila bertemu denganNya kita akan menerima buku amalan di tangan kanan bukan di tangan kiri.  

Jadi apa tunggu lagi?? JOM BERUBAH!

Popular Posts