Monday, March 25, 2013

Di Jalan ini, Aku meneruskan langkah untuk mencari dan mengkaji
Pada paginya aku ke kuliah, pada malamnya aku berusaha untuk menggapai cinta Ilahi
Biarlah orang kata, aku ini tidak selalu bergaul
Tidak pandai sosial, tidak pandai berkomunikasi
Asalkan komunikasi diriku dengan-Mu tidak putus

Iya, aku sedar
seringkali aku melakukan dosa,
kufur kepada nikmat-Nya
tapi bukankah setiap manusia itu tidak lepas dari kesalahan?
Atau mungkin ada golongan yang sentiasa suci dari dosa selain nabi dan rasul?
Tidak ada bukan?
Jadi kenapa menghukum seseorang tanpa usaha untuk menasihatinya?
Kenapa meletakkan taraf keimanan mereka setaraf dengan engkau?
Jangan begitu, tidak adil namanya.
Mungkin dia masih tidak memahami apa itu dosa
apa akibatnya dan apakah Allah redha dgnnya

Iya, aku sedar
Dia itu pelajar agama,
Engkau juga pelajar agama
Tapi sejauh mana fahamnya dia kepada agama
Dan sejauh mana fahamnya engkau kepada agama
Jadi itu tugas engkau untuk membawanya
supaya agama itu dilihatnya terang umpama cahaya di hujung gua

Jadi, mari sama-sama kita usaha membawa mereka agar kita semua dapat duduk dalam lingkungan yang mendapat redha-Nya.



Friday, March 1, 2013

Dosa itu ujian, Pulang adalah penyelesaian


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :
"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata : 
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
 “Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata : 
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)
Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Cara-Cara Bertaubat 
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.
Penutup 

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :
"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”

"Kita" ? ? ?


assalamualaikum.
dibawah ada satu kisah tentang "kita"


kisah bermula...................



hari ni aku "leka"... "leka" dengan assignment. sampai tak sempat aku nak layan FB macam biasa waktu petang-petang nih.. entah macam mane tergerak plak hati aku nak bukak FB. tengok-tengok je ade 1 mesej..

message inbox (1 new)
..............................................................................................................................................

salam..azzam, awak sombong ea sekarang.. kenapa awak menjauhkan diri dari saye? awak dah jarang mesej saye, awak dah tak selalu chat dengan saye. kenapa? saye ade buat salah pada awak ke?awak benci sangat ke kat saye? atau awak dah tak nak kawan dengan saye lagi?

from: hawa
.......................................................................................................................................... 

ahh hati aku mula dihinggapi perasaan serba salah..terasa bagai ada satu beban yang menghempap kepala ku..
jari jemari terasa bagai kaku untuk menaip. aku tak tahu apa yang harus aku balas..
akal mula ligat berfikir.. setelah beristighfar berkali-kali, ketenangan mula aku kecapi..

aku mula menaip...
........................................................................................................................

hawa,  maafkan saye, saye bukan tak nak kawan dengan awak lagi, sungguh saye pun tak pernah ade niat langsung nak ada rasa benci kat diri awak, awak baik kat saye, sepanjang kita kawan kita selalu je kan gembira, memang indah kan. tapi sebenarnya dalam keindahan tu, saye takut, takut sangat-sangat.. 

hmm...

ok.. biar saye terus terang. saye ni manusia dan awak juga manusia, yang bezanya saya lelaki dan awak perempuan..manusia ade perasaan kan? ok perasaan itu ada pelbagai kan. rasa marah, rasa suka, gembira, tapi satu perasaan ni yang saye takut..satu perasaan yang sememangnya wujud dalam diri manusia sebab ianya fitrah.. perasaan yang kita panggil Cinta.. saye lelaki dan awak perempuan.. awak manusia dan saye juga manusia..saye takut kemesraan tu berubah menjadi perasaan Cinta. 

Adalah normal bagi saye dan bagi awak juga saya rasa bila seseorang itu dah bermesra dengan kita, dah rapat dengan kita walaupun atas landasan "Kawan" rasa Cinta itu akan timbul. kan? sebab saye laki, awak perempuan. cuba awak andaikan awak magnet kutub selatan dan saye magnet kutub utara.. bila didekatkan pasti bercantum kan? tapi itu magnet, kita manusia ! kita tak boleh "bercantum" kecuali dengan akad nikah. sungguh jauh lagi bukan perjalanan kita untuk menuju "nikah" itu? 

 secara logiknya tak salahkan kita bermesra berdua-duan dalam chat box ke YM ke kan. tapi kita muslim bukan? bukan semua benda kita boleh ikut pada logik akal kerna kita terikat dengan agama, terikat dengan peraturan yang ditetapkan agama. bila kita chat berdua, awak pasti tahu kan siapa jadi orang ketiga? kalau awak masih ragu-ragu biar aku beritahu jawapanya.. jawapannya Syaitan !


Maaf.. masih banyak lagi assigment yang harus saye siapkan.saye harap awak memahami apa yang cuba saye sampaikan.. saya baru sedar tentang silap kita selama ini. awak, masih ramai kaum sejenis awak yang berganda-ganda lebih baik dari diri saye untuk dijadikan kawan.. so, jaga diri.. 

sedarlah seberapa rapatnya ikatan persahabatan bukan di ukur seberapa banyaknya bermesej atau berchatting.. tetapi alangkah indahnya jika ia diukur dengan seberapa banyaknya nama seorang sahabat itu disebut dalam setiap doa-doa kita kepadaNya

kalau lah dirimu yang memberi yang memberi daku udara untuk bernafas. Dirimu yang memberi daku nyawa untuk hidup didunia ni..daku pasti mencintaimu.. tapi please sedar.. kita ni bukan siapa-siapa di dunia ni.. kita hambaNya, hamba kepada Pemberi udara untuk kita benafas, Pemberi segala-galanya yang yag kita miliki.. jadi aku tak sanggup melanggar perintahNya..

daku lelaki, 
iman ku bagai tembok yang rapuh,
bila-bila masa sahaja mampu roboh,
please jangan terlalu baik padaku,
aku takut hatiku ku terpaut padamu,
please jangan terlalu "sweet" padaku,
aku takut akan selalu merinduimu,
please janganlah terlalu mengambil berat padaku,
aku takut aku akan terlalu mencintaimu...

wassalam.
semoga Allah memberkatimu
send~
.....................................................................................................

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."


 by aqmerpatiputih


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat 
(QS. An-Nuur: 30)

" Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita (yang bukan muhrimnya) maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka" sabda Rasulullah SAW.
( Hadis Riwayat Tirmizi )

" Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya. "

( Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani )

Popular Posts