Tuesday, August 13, 2013

Warkah Daari-Nya

Saban hari dan waktu
aku sering menyelak lembaran-lembaran 
Yang amat-amat menyenangkan hati apabila membacanya
apatah lagi bila aku mengamatinya

Satu persatu aku teliti makna dan isi kandungannya
seusai maghrib , isya' , mahupun subuh akan aku usaha untuk 
Jadikan ia bahan bacaan setiap hari
sehingga aku sendiri terfikir untuk membacanya sehingga mati.

Tapi bebanan kerja-kerja lain yang menjadikan 
aku tidak mampu berbuat demikian
Teringat pesan kekasih hati
"Apa yang aku haramkan maka jauhilah ia,
apa yang aku perintahkan maka lakukan ia sekadar yang termampu"

Lihat!
Betapa islam itu tidak pernah memaksa
apatah lagi membebankan.
Kita yang sering merasakan islam itu satu beban
tapi kita lupa apa yang terkandung di dalamnya
Semuanya membawa ke arah kesempurnaan.

Tapi, 
Itu semua aku yang dulu
Bersemangat dengan kehebatan islam
Bersemangat dengan semangat juang demi mempertegakkan agama-Nya
Yang pernah menjadi satu harapan bagi sebuah perjuangan

Kini,
Aku menjadi lemah
Bukan kerana tidak meyakini apa yang dibawa
tapi semakin leka dengan keindahan dunia
Sehinggakan terbit dalam hati rasa ingin hidup selamanya
Sehinggakan aku lupa,bahawa mati itu sentiasa menunggu masa
untuk menyapa

Mungkin,
Aku tidak lagi mengambil berat tentang kepentingan ummah
Mungkin juga
Aku tidak lagi meletakkan segala kekuatanku kepada Allah

Air mata ini,
Tidak pernah sesekali tumpah ke bumi
Tidak pernah setitis pun mengalir di pipi
Barangkali kerana merasa bangga dengan diri
Sehingga aku terlupa dengan kehebatan Ilahi

Satu masa,
Aku membuka kembali lembaran cintamu
Wahai Ilahi
tidak kusangka setitis airmata
mengalir ketika aku membaca sepotong ayat
yang bermaksud 
    "Wahai Orang Yang Beriman,Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha!"

Ayat itu,
seolah-olah ditujukan kepada ku
Yang semakin hari ,semakin jauh dari-Mu
Dan aku terus menyelak dan terbaca satu ayat
    "Maka Allah menukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan"

Hatiku terus dipanah
Memikirkan betapa Maha Pemurah dan Pemaaf nya Engkau
biarpun Beribu kesalahan dosa yang dilakukan
Tapi engkau tetap memaafkan andai taubat itu adalah sebenar-benar taubat..

Kini,
Kesedaran itu kembali
Untuk menjulang islam di hati
Dan aku mengingati kembali kata-kata imam as-syahid Hassan Al-Banna

"Bangunkanlah islam dalam dirimu,nescaya ia akan bangun di atas muka bumi ini"

Peringatan ini membuatkan aku merasa
Ingin kuat kembali
Demi menjulang islam tertinggi
Moga-moga cita - cita ku
ingin melihat islam kembali

di julang tinggi
bukan hanya khayalan yang termetri.



Popular Posts