Wednesday, November 11, 2015

8/11/2015 Permulaan Sebuah Cinta di Atas Sebuah Restu

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat followers saya. Sekian lama tidak membuat coretan di dalam blog ini. 2 tahun meninggalkan zaman penulisan di dalam blog. Insyaallah selepas ini akan kembali aktif sebagai penulis blog.

Apa yang baik sebelum ini semuanya dari Allah dan yang buruk itu tidak lain tidak bukan adalah dari saya walau hakikatnya semuanya dari Tuhan.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai tajuk penulisan saya kali ini.

Apa yang ada dalam fikiran anda apabila membaca tajuk itu?

YA! SAYA SUDAH BERTUNANG!

Alhamdulillah, ribuan syukur pada Allah yang sentiasa membantu dan mempermudahkan perjalanan saya dalam meminang si dia yang semestinya bakal permaisuri di hati. Tidak lupa juga pada ibu bapa pihak perempuan yang sudi menerima pinangan dan ibu bapa saya kerana memberikan kepercayaan pada saya sebagai seseorang yang masih menuntut di peringkat universiti.

Majlis juga berlangsung dengan lancar dan meriah. Kami tiba di rumah pihak perempuan jam 12.00 pm. Hanya Allah yang tahu berdebarnya hati sebelum masuk ke perkarangan rumah si dia. Laju betul degupan jantung, rasa nak pengsan pun ada juga. Tak tahulah brader-brader yang nak akad nikah mesti lagi nervous gila-gila. Tapi alhamdulillah tak pengsan kat situ, sebab saya hanya berada di luar rumah. Malu bhai nak masuk. Tunggu kat luar hampir 30 minit. Selamat ada abang ipar dan dia, borak lama . Jumpa adik dia baru sekali tapi macam kawan lama. Sebab sebelum ni saya pernah keluar dgn sibling dia, so dpt kenal hati budi. Tu la pentingnya "dating" bawak adik beradik beb, takdelah awkward di kemudian hari.

Selepas selesai urusan dalam rumah, pantun berbalas selama 30 minit maka selesailah semuanya (jangan tanya pantun tu berapa muka surat). Alhamdulillah. Kemudian kakak dia panggil masuk untuk bergambar, tu dia masuk rumah peluh mencurah  nervous punya pasal. Tapi lepas masuk terpesona bila si dia ada di depan mata. okay dah, jangan feel lebih. Maka bergambarlah kami, kemudian si dia suruh pergi makan sebab hidangan sudah tersedia. Maka selesai semuanya untuk majlis tersebut.

Dan akhir sekali pulanglah kami ke rumah tepat jam 1.40 pm. Sampai rumah semua keletihan, tidur tak ingat dunia..

Apa pun saya bersyukur PINANGAN SAYA DITERIMA!

p/s : saya ada coretkan berkenaan si dia dalam blog saya pada tarikh 10/3/2011.

saya belanja gambar nahh
Cincin Tunang Dan Risik

Antara Barang Hantaran

Wakil Berbincang

Budak Comel Jugak!!!

Budak Comel!


Yamg bertudung turqoise tu yang telah mencuri hati saya.
                                                 

Popular Posts