Tuesday, May 9, 2017

Barah pornografi dan penyelesaiannya

Barah Pornografi Membawa Padah
Pornografi boleh didefinisikan sebagai gambar, tulisan atau material lain yang memiliki tujuan utama memenuhi hasrat seksual. Bagi dunia hari ini pornografi sudah menjadi satu kebiasaan dan sangat mudah untuk didapati terutama di laman sesawang. Hal ini menyebabkan pornografi ini mampu menembusi seluruh lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, anak muda mahupun yang telah lanjut usia. Lebih malang lagi apabila ia menjadi satu kemestian (ketagihan) bagi sesiapa yang telah terjebak dengan perkara ini untuk melihat bahan-bahan ini tanpa mengira sempadan jantina.
            Apa yang lebih membimbangkan apabila kehadiran seorang bintang pornografi di Malaysia menjadi isu hangat oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda terutamanya lelaki. Walhal telah jelas jenayah moral yang dilakukan bintang tersebut tetapi dia masih di sambut dan ada juga anak muda yang tanpa segan silu “selfie” bersamanaya dan berkongsi dengan penuh bangga di laman twitter sehingga menjadi tular.
Hasil carian melalui laman web e-Media NSTP (New Strait Time Press) menunjukkan, Malaysia sebenarnya telah jauh terdedah pada laman-laman web pornografi seperti yang diperkatakan oleh pihak polis yang membuat tinjauan di beberapa kedai yang terdapat di pusat membeli belah di ibu negara membuktikan fenomena memuat turun gambar-gambar dan video pornografi dari laman web terus ke telefon bimbit semakin berkembang dan popular di negara ini. ( Internet, Laman Web Pornografi Dan Kaedah Psikospiritual Islam Dalam Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web Pornografi, Nor Azah Abdul Aziz)
Terdapat kira-kira 700,000 pelanggan Internet di Malaysia dan penganalisis menjangka jumlah itu akan mencapai satu juta pada akhir tahun 2005. Terdapat pelbagai kegiatan negatif di dunia internet seperti menyebarkan khabar angin dan surat layang melalui e-mel, perjudian di kafe siber di mana 21 buah daripadanya telah dikenal pasti dan termasuk isu remaja perempuan berusia antara 15 hingga 25 tahun menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sembang Internet dengan bayaran sehingga RM700. (Berita Harian, “Pendidikan kunci atasi salah guna Internet”, http://www.bharian. com.my/ , 07 April 2000.)
Pornografi Dan Ketagihan
            Ramai yang tidak cakna akan penyakit ketagihan terhadap pornografi ini yang sebenarnya amat merbahaya terdapat otak dan psikologi individu.
Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”

            Apabila seseorang yang melihat bahan-bahan pornografi secara tidak langsung keinginan dalam dirinya akan bertambah. Dia akan mahukan lagi dan lagi. Jika dia memulakan melihat hanya dengan gambar, langkah seterusnya dia akan melihat kepada video. Kemudian apabila dia mula melihat kepada video lucah yang biasa, maka keinginan yang seterusnya melihat video yang lebih ganas (hardcore)
            Sedar atau tidak semua perkara ini menjadikan pemikiran penagih porno semakin rosak dari hari ke hari sehingga boleh membawa kepada kerosakan moral, malah lebih teruk lagi apabila keinginan mencuba itu semakin membuak-buak lalu berlakulah pelbagai kes seperti kes rogol, zina. Bahkan kes-kes ini ada yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur.
            Dalam masa yang sama, pornografi menjadikan seseorang itu lebih suka melayani dirinya sendiri berbanding dengan orang lain. Hal ini kerana seseorang itu sering bersendirian ketika melayani pornografi untuk mencapai masturbasi / onani. Kebiasaannya mereka yang ketagih pornografi akan seiring ketagih kepada masturbasi / onani.
            Selain itu pornografi juga menjadikan seseorang itu hilang fokus sama ada dalam urusan kerja atau dirinya sendiri. Apabila seseorang itu sudah mula terjebak dengan ketagihan pornografi, fikirannya akan selalu berkhayal dan menjadikan kerja-kerja dibuat dengan sambal lewa yang hasilnya pasti tidak memuaskan.
Islam Melarang Pornografi

Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud, "Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya"
Riwayat Muslim

Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang.  Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.  Bukti-bukti saintifik pun sudah dijelaskan seperti di atas.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” 
(Surah Al-Israa' : Ayat 32)

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela." 
(Surah Al-Ma’arij :  Ayat 29-30)

Cara-Cara Menghindari Pornografi
            Keinginan seksual bagi seseorang adalah nomal namun ianya perlu disalurkan dengan jalan yang betul melalui perkahwinan dan syarat-syarat yang telah digaris agama. Jadi beberapa untuk menghindari terjebak dengan gejala ini:
1.    Libatkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat.
2.    Elakkan daripada mempunyai masa kosong dan berseorangan.
3.    Dapatkan kawan yang boleh memberi kebaikan dan nasihat kepada kita.
4.    Banyakkan pembacaan berkenaan bahaya pornografi terhadap diri.
5.    Membuat lapisan dalam pencarian (search engine) supaya tiada sebarang laman web lucah yang dapat diakses .
6.    Menyedari bahawa sudah banyak membuat kesilapan dengan melihat kepada pornografi sehingga membawa kepada ketagihan.
7.    Kenalpasti punca-punca keinginan untuk melihat pornografi dan berusaha untuk mengelakkannya.
8.    Membuat catatan pada hari-hari yang anda tidak melihat pornografi yang akan memberikan anda lebih motivasi untuk menghindarinya.
9.    Pupuk minat membaca pada waktu lapang kerana ia akan membantu anda untuk melupakan pornografi pada waktu lapang.
10. Mendapatkan bantuan psikologi jika ketagihan anda di tahap yang sangat kritikal.
Kesimpulan

            Perlu kita sedari bahawa darsawarsa pornografi menjadikan masyarakat rosak moral dan nilai manusiawi hanya kerana ingin memuaskan nafsu seksual tanpa berfikir panjang. Oleh hal yang demikian seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan mereka dalam membanteras gejala sosial yang semakin membimbangkan.Barah Pornografi Membawa Padah

            Perlu kita sedari bahawa darsawarsa pornografi menjadikan masyarakat rosak moral dan nilai manusiawi hanya kerana ingin memuaskan nafsu seksual tanpa berfikir panjang. Oleh hal yang demikian seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan mereka dalam membanteras gejala sosial yang semakin membimbangkan.

Popular Posts