Saturday, April 28, 2012

BUAT MU CINTA...


Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih lagi tidak tahu..
Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini… Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini?
Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik – baik hiasan di dunia.
Kamu, saya bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, diri ini ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, saya cuba untuk memperbaiki diri ini. Saya ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga kamu dengan baik, dapat bahagiakan kamu dengan seadanya. Saya mahu kita bersama – sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya.
Buat bakal zaujahku, saya sedar siapa diri saya, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi saya cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan saya, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Buat kamu, saya harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. sweet kan saat itu ? :)
Akhir sekali.. saya berharap kamu bersedia untuk menjadi zaujah saya, dan menerima diri saya seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, saya akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami. saya juga harap kamu dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak kita yang baik. Moga Allah satukan hati kita dalam redhaNya. Amiin..
Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaeeek :)
SAYA MASIH BISA MENUNGGU AWAK..<3<3<3

No comments:

Post a Comment

Popular Posts