Friday, May 18, 2012

Aku kecewa kerana cinta, sahabat . . . .



Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh..
Sahabat,
Perasaan kecewa itu menyakitkan.. putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi dikhianati.. perit.. umpama ditusuk sembilu..
Cinta terhalang oleh keluarga.. ahh.. sungguh ironi.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan kepada kamu..

Sahabat,
Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta
Sahabat,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..
Setiap insan akan diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil, teman.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!
Sahabat,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. ada beza antara keperluan dan kehendak.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, bukanlah keperluan.. siapa tahu.. biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup kita.. tinggal kita je yang memilih jalannya..
Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihanmu kepada-Nya, samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudmu..
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.
Sahabat,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..
Bertabahlah sahabat.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah KEIMANAN itu pun kita yang cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga..
Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalam hati.. carilah ia di dalam hati.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah imuniti.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..
Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu.. (and vice versa.. jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia..) carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..
Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..
Soalan mu sahabat;
Mengapa sukar untuk lupakan bekas kekasih?
KERANA Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’
Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Yang pernah CINTA? Lagilah INGAT!
Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.
Akhir sekali,
Please move on.. masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan.. times will heal.. kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasalonely yang amat.. you are never alone at the first place..

mohonlah dari Dia...


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.
“Mencintai tak semestinya memiliki”
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.
Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.
Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.
Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)

Kerana aku sayang engkau sahabat..mari berhenti dari merokok


Mengapa Engkau Merokok Wahai Sahabatku?



Mengapa engkau merokok wahai sahabatku?

Tidakkah engkau tahu Allah S.W.T begitu mengasihimu, begitu menyayangimu dan begitu pemurah memberi segala nikmat yang sedang kita nikmati tanpa dikenakan apa – apa bayaran sesen pun ! tetapi mengapa engkau tergamak  tidak menjaga nikmat yang Allah beri itu? rezeki yang Allah beri kepadamu, engkau guna untuk “membakar” sepuntung rokok pada mata zahirnya tetapi dalam masa yang sama ia juga sedang “membakar” jasad engkau. 

"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Allah memberi peringatan kepada kita supaya jangan kita campakkan diri kita dalam kebinasaan kerana apa? Kerana Allah sangat sayang kepada kita, Allah sangat kasih akan kita. Ketika Allah begitu mengambil berat akan hamba – hambaNya, mengapa kita pula tidak mahu mengambil berat menjaga diri kita?. Islam ini bukan agama yang kita suka, kita ikut, kita tak suka dan tak setuju, kita tak ikut. Apabila kita sudah mengaku kita seorang muslim, kita wajib ikut apa yang Allah suruh. Ingatlah, setiap apa yang Allah suruh itu ada hikmahnya. 

Alangkah gula yang hukum asalnya harus apabila diambil sekadarnya, namun apabila diambil secara berlebihan sehingga boleh memudaratkan kesihatan diri kita, bertukar hukumnya menjadi haram. Bagaimana pula rokok yang sudah awal – awal lagi tidak memberi langsung kepada kita sebarang manfaat dan ia pula akan memudaratkan kesihatan kita? sudah pastilah kita boleh berfikir guna akal yang Allah anugerahkan kepada kita ini berfikir apa status rokok ini dalam Islam.

Wahai sahabatku yang masih merokok dan InsyaAllah akan berhenti merokok, cuba lihat saudara – saudara kita yang kebuluran di somalia, palestin, afghanistan dan sebagainya, hendak membeli secupak nasi atau gandum pun tidak mampu kerna kesempitan hidup, yang kita ini dilimpahkan dengan pelbagai nikmat rezeki, kita “bakar” pula rezeki itu ! Sedarlah, andai duit yang engkau belanjakan selama ini untuk membeli sekotak rokok itu digunakan untuk melakukan amal jariah, pasti engkau sudah kaya dengan pahala. InsyaAllah, engkau kaya dengan pahala bukan dengan asap !

“Gua tak tenang dan jadi tak keruanlah bila tak dapat hisap rokok sehari, boleh demam bro !”

MasyaAllah. Sahabatku, lihatlah bagaimana liciknya perancangan musuh – musuh Islam. Mereka candukan engkau dengan rokok, mereka jadikan engkau tidak tenang tanpa rokok, mereka jadikan engkau rasa tidak keruan bila tak hisap rokok. Tanpa engkau sedar, mereka telah berjaya membuat engkau merasakan rokok itulah sumber ketenangan dan kebahagiaan engkau, bukan lagi Allah !
Sahabatku, adakah engkau lupa akan firman Allah yang mafhumnya berbunyi  

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Ingatlah Allah, hati akan menjadi tenteram sahabatku. Simple je, tak perlu keluar sesen pun untuk dapat ketenangan, tinggal nak atau taknak je. Winston, Dunhill, Nusantara dan pelbagai lagi jenis rokok itu hanyalah tipu daya dunia yang akan membuatkan engkau semakin lupa pada Allah dan membuatkan engkau semakin jauh daripada Allah. Percayalah.

“aku hisap rokok pun bukan susahkan hang pun, bukan guna duit hang, biaq pi la kat aku, hang nak sibuk ape pasai???”

Sahabatku yang merokok dan yang InsyaAllah akan berhenti merokok, mungkin engkau lupa, asap yang engkau hembuskan itu apabila disedut oleh orang – orang disekeliling engkau, engkau sebenarnya telah berlaku zalim pada mereka. Mengikut kajian, orang yang menyedut asap yang dihembuskan oleh perokok lebih berisiko berbanding asap yang disedut oleh perokok itu. Jadi, adakah engkau tidak ada sedikitpun rasa kasihan kepada orang – orang disekeliling engkau? Tambah teruk jika orang disekeliling engkau itu menghadapi penyakit asthma. Tidakkah engkau punya rasa simpati? Jangan pentingkan diri sendiri sahabatku, besok lusa jika engkau mati, orang yang berada disekeliling itulah yang akan menguruskan jenazah engkau nanti.

“Hisap rokok barulah cool bro ! macho !”

MasyaAllah, sekali lagi musuh Islam telah berjaya mengubah mindset engkau untuk memandang tabiat yang buruk itu bagus, cool, macho, hebat dan sebagainya. Sebenarnya, bila kita rajin ke masjid, rajin bersedekah, rajin membantu orang tua, rajin buat amal kebajikan, rajin solat, rajin ke kuliah agama, itulah yang sebenarnya lagi cool plus macho bro ! Tak percaya? Tanyalah mana – mana perempuan, yang jika diberi pilihan lelaki yang rajin hisap rokok dengan lelaki yang rajin bersedekah dengan pergi masjid, yang mana mereka akan pilih. Tanyalah, cuba tanya. *Pembaca muslimah sila beri jawapn pilihan anda di ruang komen ye nanti, biar mereka dapat jawapannya. :)

Akhir kata, tiada guna jika ada akal tetapi tidak diguna, gunalah sebaiknya. Nilailah dengan mata hati. Janganlah nilai dengan hawa nafsu. Diri ini menasihatimu kerana sayang akan dirimu sahabatku. Engkaulah harapan Islam, sayang sekali melihat  engkau lebih rela menyumbangkan segala yang engkau ada bagi menghebatkan lagi empayar syarikat rokok yang menghancurkan diri engkau sendiri daripada menggunakan segala apa yang engkau ada untuk menghebatkan lagi Empayar Islam ini.  

Maaf jika ada kata – kata ku yang mengguris hatimu. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan tapi yang pahit itulah ubat sahabatku. Jika engkau benar sayang orang – orang disekelilingmu seperti keluargamu dan rakanmu, berubahlah. Merokok bukan budaya seorang muslim dan mukmin.

Moga Allah redha.

*Soalan cepumas untuk para muslimah dan mukminah. Jika diberi pilihan, adakah kamu mahu bernikah dengan seorang perokok?

credit to Naqib saad blogger.http://mohamednaqib.blogspot.com

Thursday, May 17, 2012

Hantaran?!?!?!?


WANG HANTARAN MAHAL?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).
Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh yang sangat minima?
Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula bekerja. Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk mengumpul wang untuk berkahwin.
CINTA PUNYA PASAL
"Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu" (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk mengharungi semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja. Kalau tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato' yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti!
Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak mahu membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati keluarganya untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada pihak lelaki.
Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh pihak perempuan?
WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?
Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada ongkosnya!
Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi tidak mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".
Kredit : Melayu.Com

Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan. Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja!
Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu.
Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang 'meletup', tetapi pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat (bertanggungjawab dalam perkahwinan).
Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang soal perkahwinan :
"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Di akhir perbualan saya dengan Pakcik Wahid, "Kalau Paie nak pinjam duit kat pakcik untuk kahwin, lebih baik pakcik yang kahwin!"
Apakah?

Monday, May 7, 2012

cita2 mu?

aku bersyukur sbb engkau dapat apa yang engkau impikan..
meski apa yang aku ingin hanyalah khayalan mimpi..
meski engkau berahsia,hati ni tetap ingin tahu..
meski engkau cuba sembunyi,hati ini terus mencari..
biarlah engkau terus mengejar impian mu dahulu..
dan aku??
aku masih merangkak..
masih mencari apa itu cinta..
masih jauh perjalanan ku untuk mencari erti hidup
aku tidak macam engkau yang sentiasa sibuk dengan dakwahnya..
aku tidak macam engkau yang sentiasa merasa manisnya perjuangan,,

aku hanya indah di pandangan manusia..
tp aku belum pasti indah di pandangan Allah..
aku hanya di hormati masyarakat..
tapi belum pasti sama ada aku ini di hormati oleh para malaikat..

engkau,
teruskanlah dengan urusan2 dakwahmu..
tidaklah aku cemburu..
tetapi,
lebih ramai yang lebih layak dari diri yang serba kurang ini..

p/s:bukan aku yang berada dalam mimpimu..tetapi adalah lelaki soleh yang bakal bersamamu kelak..insyaAllah

Ayat jangan lah ingin sempurna(Hilal Asyraf)

Saya rasa la, kita ini kena berhentilah sebar 'ayat-ayat serba sempurna' dalam Facebook dan apa-apa medium penyebaran yang lain. Sebab saya nampak, ianya merosakkan pemikiran masyarakat.

Contoh 1:
"Aku cintakan dikau kerana agamamu, maka jika hilang agamamu, maka hilanglah juga cintaku."

Ayat ini sempurna, sampai tak praktikal buat manusia. Iman manusia ini turun dan naik. Ada masa dia baik mengalahkan malaikat, ada masa dia khilaf dan tersilap sampai kadangkala kita nampak rendah lagi dari haiwan. Jadi apakah seseorang itu, bila dia tersilap, bila dia khilaf, bila dia tiba-tiba imannya jatuh, kita terus tinggalkan dia?

Kalau lepas kahwin jadi macam itu? Nak cerai?
Kalau bersahabat pula, kalau tiba-tiba sahabat kita 'terpesong', mahu tinggalkan terus begitu sahaja?

Ayat ini langsung tidak praktikal sebenarnya. Sebab pada saya, kalau cinta, mesti hendak ke syurga bersama-sama. Jadi bila orang yang kita cintai, baik pasangan, keluarga, sahabat dan sebagainya, bila dia jatuh kita kenalah tarik tangannya semula. Kata cinta? Pelikkan kalau kita kata cinta, tapi masa dia tengah kelemahan, kesilapan, terpesong, kita pergi tinggalkan dia? ^^

Sebab itu quote saya adalah sentiasa:
"Kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya."

So, kita tak nak lempar dia ke neraka kan?
Kita nak sama-sama dengan dia ke syurga kan?
Jadi takkan kita tinggalkan dia semata-mata dia ada kekurangan, kesilapan dan kekhilafan? Kata cinta?
^^

Contoh 2:
"Perempuan yang solehah itu tidak memandang, dan tidak juga dipandang."

Ayat ini juga terlalu sempurna. Sampai langsung tidak praktikal buat kehidupan. Siti Khadijah memandang Rasulullah SAW sebelum mereka bernikah, maka apakah Ummi kita Khadijah RH itu seorang yang tidak solehah? ^^

Pernah ada sahabat Rasulullah SAW memandang seorang wanita(yang semestinya bertaraf sohabiah Rasulullah SAW juga) hingga dua kali, kemudian Rasulullah SAW mengalihkan pandangan wajah sahabatnya kali kedua.

Apakah wanita itu tidak solehah? Haa...

Jadi, mustahil begitu ukuran ke'solehah'an seseorang.

Kalau perempuan solehah itu tidak memandang, maka dia sendiri tidak akan dapat mencari pasangan yang baik buatnya. Kalau perempuan solehah itu tidak dipandang, maka bagaimana manusia hendak memperisterikan seorang wanita yang solehah?

Salah ke kalau kita sekadar cakap:
"Perempuan solehah itu adalah perempuan yang tidak liar pandangan dan akhlaknya." Hah, setel. Dia boleh memandang, tetapi tidak liar. Dia boleh dipandang, tetapi bukan sebab dia gedik, namun sebab dia solehah. ^^

---------------------------------------------------------
Henti-hentikanlah ya quote-quote sempurna sampai tahap tak praktikal ini.

Islam itu, sempurna, tetapi praktikal. Kena dengan fitrah manusia.
Sebab itu Rasulullah SAW adalah seorang yang tidur, seorang yang berbuka, seorang yang berkahwin.

Sebab itu Islam sangat indah.
Sederhana.
Dan amat menyenangkan.
^^

Tuesday, May 1, 2012

NASYID MEMANG UNTUK UMAT ISLAM.

Assalamualaikum..salam sejahtera semua..
Alhmdulillah pada 2-3 hari yang lepas kumpulan nasyid sekolah di beri peluang dalam menjayakan persembahan bagi majlis graduasi pelajar..
pada awalnya kami (kumpulan someone) menyangka bahawa persembahan kami akan di "boo" oleh para pelajar kerana dalam festival nasyid peringkat zon dan amal islami peringkat zon pasukan sekolah tidak berjaya merangkul tempat dalam kedua-dua acara tersebut.saya dan sahabat (adnan) sebagai pelatih tambahan..poyo sikit..berasa malu dan kecewa untuk berhadapan dengan para guru..oleh sebab itu kami memang tak menyangka yang pihak sekolah masih memberi peluang kepada kumpulan nasyid sekolah membuat persembahan..jadi tanpa melepaskan peluang saya bersama tiga orang rakan (adnan,mun'im,aiman) bersungguh-sungguh dalam membuat pemilihan suara dalam kumpulan nasyid ini..memang akan ambil yang terbaik di kalangan terbaik 'KRIM DALAM KRIM'

Dan dengan kuasa Allah cikgu-cikgu tak menyangka persembahan kami sebegitu rupa..dan guru yang bertanggungjawa dalam melaksanakan program ini meminta kami membuat persembahan pada sesi kedua Hari Graduasi...ini sesuah seusai persembahan sesi pertama..





Jadi kami amat berterima kasih kerana masih memberi peluang kepada kami dalam meneruskan industri nasyid di sekolah..T_T..jasa cikgu-cikgu akan kami kenang..

Popular Posts