Saturday, November 10, 2012

NABI MUHAMMAD

Wahai Muhammad,indah sungguh kejadian mu,indah lagi akhlakmu
mana mungkin ada yang mampu menandingimu 
Tiap hari ,aku cuba dan terus mencuba dalam mengikuti sunnah mu
Tapi jarang sungguh aku  istiqomah dalam mengamalkannya
Mungkin kerana titik-titik hitam dalam hati ini
yang menghalangku untuk terus beristiqomah

Wahai kekasih Allah

Kadang-kadang hati ini letih di tohmah dengan berbagai manusia
Semata-mata kerana aku mengikuti sunnahmu
Aku ini tidaklah sekuat mana untuk menahan tohmahan itu
Jadi aku selalu memohon kepada yang Maha Menjaga hati
Agar aku tidak terkesan dengan tohmahan itu
kerana aku yakin, dengan mengikuti sunnahmu sahajalah
Membuktikan yang aku mencintaimu
Kerana pada hari ini, Engkau sudah tiada
bagaimana ingin aku zahirkan lagi cinta ini
andai bukan dengan mengikuti sunnahmu?
Kerana engkau juga yang berpesan, bahawa pada akhir zaman ini barangsiap yang mengikuti sunnahmu akan peroleh pahala sebesar berjuang d medan jihad


Wahai Rasulku
Mungkin Allah tidak memilih aku menjadi para sahabatmu
Namun aku amat dan tersangat bersyukur kerana dapat menjadi umatmu
Mungkin hari ini aku tidak dapat menatap wajahmu yang indah lagi bercahya
Tapi aku amat dan berharap dan mengharap
agar suatu masa aku dapat menatapmu sepuas-puas hatiku
ya , aku sedar sememangnya tak layak untuk ke syurga
Tapi akan ku usaha
untuk apa aku jadi umatmu , andai aku tidak dapat merealisasikan impian mu ya habibati
iaitu menyelamatkan umatmu dari api neraka
meskipun aku tidak bisa membawa
cukuplah sekadar menjadi mereka yang 'dibawa"
Sedangkan Nabi Musa pun teringin ingin menjadi umatmu
inikan lagi aku yang sudah tertulis sebagai umatmu
Beruntungnya aku
YA HANANA YA RASULALLAH!!



Wahai Nabi yang tampan bercahaya indah laksana bulan mengambang penuh yang telah meraih segala kesempurnaan #

Bagaimana kata kataku mampu mengungkapkan tentang ketinggian sifat sifatmu?

Engkaulah yang telah terbit mentari ilmumu di ufuk ketinggian dan kemulian #
lalu dengan cahaya syariatmu telah engkau lenyapkan segala kesesatan.

Dengan kelahiranmu alam semesta terang bersinar wahai 'Gunung Petunjuk' # Bersinar dengan cahaya kenikmatan dan pelbagai kurnia.

Semoga Allah Tuhanku melimpahkan rahmat keatasmu selama lamanya #
Di waktu pagi dan petang sepanjang masa.

Semoga rahmatNya dilimpahkan jua ke atas seluruh keluarga dan sahabatmu iaitu orang orang yang #
telah diistimewakan dengan kesempurnaan oleh Tuhan yang memiliki sifat ketinggian dan kemuliaan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts