Barah Pornografi Membawa Padah
Pornografi boleh didefinisikan sebagai gambar, tulisan atau material lain yang memiliki tujuan utama memenuhi
hasrat seksual. Bagi dunia hari ini pornografi sudah menjadi satu kebiasaan dan
sangat mudah untuk didapati terutama di laman sesawang. Hal ini menyebabkan
pornografi ini mampu menembusi seluruh lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak,
anak muda mahupun yang telah lanjut usia. Lebih malang lagi apabila ia menjadi
satu kemestian (ketagihan) bagi sesiapa yang telah terjebak dengan perkara ini
untuk melihat bahan-bahan ini tanpa mengira sempadan jantina.
Apa yang lebih membimbangkan apabila kehadiran seorang
bintang pornografi di Malaysia menjadi isu hangat oleh rakyat Malaysia
lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda terutamanya lelaki. Walhal telah
jelas jenayah moral yang dilakukan bintang tersebut tetapi dia masih di sambut
dan ada juga anak muda yang tanpa segan silu “selfie” bersamanaya dan berkongsi
dengan penuh bangga di laman twitter sehingga menjadi tular.
Hasil carian melalui laman web e-Media
NSTP (New Strait Time Press) menunjukkan, Malaysia sebenarnya telah jauh
terdedah pada laman-laman web pornografi seperti yang diperkatakan oleh pihak
polis yang membuat tinjauan di beberapa kedai yang terdapat di pusat membeli
belah di ibu negara membuktikan fenomena memuat turun gambar-gambar dan video
pornografi dari laman web terus ke telefon bimbit semakin berkembang dan
popular di negara ini. ( Internet, Laman Web Pornografi Dan Kaedah
Psikospiritual Islam Dalam Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web
Pornografi, Nor Azah Abdul Aziz)
Terdapat kira-kira 700,000 pelanggan
Internet di Malaysia dan penganalisis menjangka jumlah itu akan mencapai satu
juta pada akhir tahun 2005. Terdapat pelbagai kegiatan negatif di dunia
internet seperti menyebarkan khabar angin dan surat layang melalui e-mel,
perjudian di kafe siber di mana 21 buah daripadanya telah dikenal pasti dan
termasuk isu remaja perempuan berusia antara 15 hingga 25 tahun menawarkan
perkhidmatan seks melalui laman sembang Internet dengan bayaran sehingga RM700.
(Berita Harian, “Pendidikan kunci atasi salah guna Internet”,
http://www.bharian. com.my/ , 07 April 2000.)
Pornografi Dan Ketagihan
Ramai yang tidak cakna akan penyakit ketagihan terhadap
pornografi ini yang sebenarnya amat merbahaya terdapat otak dan psikologi
individu.
Dalam seminar
mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu,
ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton
Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang
disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.
“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan
melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan
tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa
ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak
terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni
kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan,
desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.
“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling
berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”
Apabila seseorang yang melihat bahan-bahan pornografi
secara tidak langsung keinginan dalam dirinya akan bertambah. Dia akan mahukan
lagi dan lagi. Jika dia memulakan melihat hanya dengan gambar, langkah
seterusnya dia akan melihat kepada video. Kemudian apabila dia mula melihat
kepada video lucah yang biasa, maka keinginan yang seterusnya melihat video
yang lebih ganas (hardcore)
Sedar atau tidak semua perkara ini menjadikan pemikiran
penagih porno semakin rosak dari hari ke hari sehingga boleh membawa kepada
kerosakan moral, malah lebih teruk lagi apabila keinginan mencuba itu semakin
membuak-buak lalu berlakulah pelbagai kes seperti kes rogol, zina. Bahkan
kes-kes ini ada yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur.
Dalam masa yang sama, pornografi menjadikan seseorang itu
lebih suka melayani dirinya sendiri berbanding dengan orang lain. Hal ini
kerana seseorang itu sering bersendirian ketika melayani pornografi untuk
mencapai masturbasi / onani. Kebiasaannya mereka yang ketagih pornografi akan
seiring ketagih kepada masturbasi / onani.
Selain itu pornografi juga menjadikan seseorang itu
hilang fokus sama ada dalam urusan kerja atau dirinya sendiri. Apabila
seseorang itu sudah mula terjebak dengan ketagihan pornografi, fikirannya akan
selalu berkhayal dan menjadikan kerja-kerja dibuat dengan sambal lewa yang
hasilnya pasti tidak memuaskan.
Islam Melarang Pornografi
Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud, "Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya"

Riwayat Muslim
Dan Islam bukan
sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang.
Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun
banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Bukti-bukti saintifik pun
sudah dijelaskan seperti di atas.
“Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”
(Surah Al-Israa' : Ayat 32)
"Dan
orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka
atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tidak tercela."
(Surah Al-Ma’arij : Ayat 29-30)
Cara-Cara Menghindari Pornografi
Keinginan seksual bagi seseorang adalah nomal namun ianya
perlu disalurkan dengan jalan yang betul melalui perkahwinan dan syarat-syarat
yang telah digaris agama. Jadi beberapa untuk menghindari terjebak dengan
gejala ini:
1. Libatkan diri dengan
kerja-kerja yang bermanfaat.
2. Elakkan daripada
mempunyai masa kosong dan berseorangan.
3. Dapatkan kawan yang
boleh memberi kebaikan dan nasihat kepada kita.
4. Banyakkan pembacaan berkenaan
bahaya pornografi terhadap diri.
5. Membuat lapisan dalam
pencarian (search engine) supaya tiada sebarang laman web lucah yang dapat
diakses .
6. Menyedari bahawa sudah
banyak membuat kesilapan dengan melihat kepada pornografi sehingga membawa
kepada ketagihan.
7. Kenalpasti punca-punca
keinginan untuk melihat pornografi dan berusaha untuk mengelakkannya.
8. Membuat catatan pada
hari-hari yang anda tidak melihat pornografi yang akan memberikan anda lebih
motivasi untuk menghindarinya.
9. Pupuk minat membaca pada
waktu lapang kerana ia akan membantu anda untuk melupakan pornografi pada waktu
lapang.
10. Mendapatkan bantuan
psikologi jika ketagihan anda di tahap yang sangat kritikal.
Kesimpulan
Perlu kita sedari bahawa darsawarsa pornografi menjadikan
masyarakat rosak moral dan nilai manusiawi hanya kerana ingin memuaskan nafsu
seksual tanpa berfikir panjang. Oleh hal yang demikian seluruh lapisan
masyarakat perlu memainkan peranan mereka dalam membanteras gejala sosial yang
semakin membimbangkan. Barah Pornografi Membawa Padah

semakin membimbangkan.
No comments:
Post a Comment