Tuesday, December 4, 2012

Lafaz ini hanya untukmu



“Serabut kepala otak aku!” Tangannya menyerabutkan lagi rambutnya yang memang serabut itu. Baim di sisinya hanya memandang pelik.
“Kenapa ni, Aiman?” Baim menyoal teman sebiliknya.
“Soalan pasal elektrik ni. Menyerabutkan kepala saja! Macam mana nak cari nilai perintang ni?” Aiman tertekan.
“Apalah salah soalan tu. Penat-penat je George Simon Ohm tu cipta Ohm’s Law. Untuk cari nilai perintang, bahagikan nilai voltan dengan nilai arus elektrik. Yang kau tak guna Ohm’s Law tu pasal apa?” Baim menggeleng-geleng kepalanya. Jarang-jarang dia lihat Aiman tertekan sebegini. Aiman ialah seorang yang sentiasa tenang. Wajahnya sedap mata memandang dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Banyak pelajar perempuan sekolahnya terpikat oleh rupa, sikap dan sifat Aiman Zahrawi. Nama pun sedap. Tetapi, Aiman kelihatan jauh berbeza dengan sikapnya yang sebenar pada malam ini.
‘Kena buatan orang ke kawan aku seorang ini,’ bisik kalbu Baim. Jari Baim menggaru-garu kealanya yang tidak gatal.
Tangan dan otak Aiman bekerja untuk mencari nilai perintang dengan mengaplikasikan Ohm’s Law yang telah dijelaskan oleh Baim. Kemudian, Aiman meletakkan pen biru Faber Castell CX7 tanda kerja sudah siap.
“Aiman Zahrawi?”
“Ya, Yusuf Ibrahim?” Aiman memandang muka Baim.
“Nak tanya sikit, boleh tak?” Aiman mengangguk.
“Kenapa kau stres sangat malam ni? Selama ini, aku sahaja yang tertekan selalunya. Tiba-tiba, pada malam ni pula kau jadi begini. Kenapa? Cer citer sikit.” Baim menunjukkan keprihatinan seorang sahabat.
“Entahlah. Sejak akhir-akhir ini, aku tak dapat belajar dengan baik di dalam kelas. Selalu tertidur. Selalu kena marah dengan cikgu. Terutama Mr. See Yew Soon. Selalu blur. Seolah-olah aku tak faham langsung apa yang cikgu cakap. Padahal Mr. See Yew Soon ajar guna bahasa Melayu dan Inggeris je pun. Bukannya bahasa Cina ke, Kantonis ke,” Aiman menyuarakan apa yang terbuku di dalam kalbunya.
“Nasib baik kawan aku ni tidak kena buatan orang.” Kemudian, Baim diam. Dia sedang memikirkan sesuatu.
“Kau ada buat mana-mana cikgu marah tak?” soal Baim.
“Selama aku belajar tiga tahun di sini, tak pernah pula,” ujar Aiman degan penuh perasaan.
“Ceh. Perasan betul.” Baim mencebik.
“Erm, nak tanya satu soalan cepu mas boleh tak?” Baim bertanya lagi.
“Apa dia?”
“Minggu ni kau dah call ke belum walidah kau?” Aiman agak kaget mendengar soalan yang terpacul dari mulut Baim. Ada apa dengan walidah?
“Apahal kau tanya soalan tu? Biarlah aku nak call atau tidak.” Aiman mengalihkan mukanya ke arah lain.
“Maksudnya, belum lagi lah tu. Tapi sudah hampir sebulan kau tak telefon walidah. Telefonlah dia. Lagipun, nak dekat raya dah ni.” Baim buat muka penuh harapan,
“Buat apa aku call dia?”
“Tanya khabar ke. Tanya dah makan ke belum ke. Buat apa hari ni ke. Tanya soalan macam anak tanya kepada ibunyalah. Is she your mother, isn’t?” Baim sudah menjadi sedikit geram.
“She is my mother? She was my mother!” Nada suara Aiman meninggi. Baim bangun. Aiman turut bangun.
“Apa? Berani kau tak mengaku bahawa kau anak dia?” Baim menuding jari telunjuknya ke arah Aiman. Tidak pernah lagi mereka bertengkar sepanjang 4 tahun usia persahabatan mereka.
“Yes. Why? Aku hanya ada ummi dan abi yang ada di rumah anak yatim yang aku duduk hampir 12 tahun itu. Merekalah yang menjaga aku, basuh berak kencing aku.” Aiman menjawab soalan Baim dengan berani.
“Aiman, walidah kau itulah melahirkan kau.” Baim memperlahankan suaranya.
“Ya. Dialah juga tinggalkan aku di sana. Biarkan aku dengan mereka.”
“Mesti dia ada sebab tertentu.” Baim memujuk Aiman.
“Tapi kenapa dia tidak pernah cerita apa-apa pun kepada aku? Entah-entah, aku anak luar nikah.”
“Bukankah namakau Aiman Zahrawi bin Muzaffar Zain?” Pada kali ini, Aiman terdiam membisu.
“Walau apa-apa pun kesalahan dia terhadap kau, kau kena maafkan dia. Syurga terletak di bawah kaki ibu.” Baim menghela nafas.
“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa.” Baim sambung lagi.
“Kenapa perlu memaafkan kesalahannya? Aku sakit. Hati aku dah sakit. Aku cemburu apabila melihat kawan-kawan yang lain,” luah Aiman.
“Kalau walidah tidak sayang akan kau, sudah lama kau terkubur dalam tong sampah ke, dalam lubang tandas ke.” Baim mengangkat sebelah keningnya.
Mereka berdua terdiam. Hanya bunyi kipas siling berpusing.
“Kau nak tahu kenapa kau tak faham beberapa pelajaran dalam kelas? Sebab kau menyakiti hati walidah kau.” Aiman tersentap oleh penyataan Baim.
“Kau sakitkan hatinya dengan kau tak memaafkannya. Boleh jadi Allah murka kepada kau.” Aiman sudah terduduk di atas katilnya. Baim turut melabuhkan punggungnya di sisi Aiman.
“Jadi, aku kena maafkan dia?” Baim mengangguk-anggukkan kepalanya. Air mata Aiman mengalir deras secara tiba-tiba. Aiman menangis di pangkuan Baim. Baim menghulurkan sehelai tisu. Aiman menanggalkan kaca matanya dan mengelap air matanya.
“Baim, aku dah buat banyak kesalahan terhadap dia. Selepas dia tuntut aku di rumah anak yatim hingga hari ini, aku asyik menyakiti hatinya. Kononnya, inilah pembalasan aku terhadap kesalahannya selama ini. Rupa-rupanya, apa yang telah aku lakukan memakan diriku.” Aiman berkata dalam keadaan mengnis teresak-esak. Baim menenangkan Aiman.
“Aiman, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat hamba-hamba-Nya. Dia Maha Penyayang. Bertaubatlah, Aiman.”
“Aku anak derhaka. Adakah walidah mahu maafkan kesalahan aku selama ini?”
“Aku yakin dia maafkan kau. Aku percaya bahawa dia mendoakan kau setiap hari, setiap waktu. Tengok. Sampai sekarang kau hidup lagi. Kalau tidak, dah lama kau kena sumpah jadi batu macam Si Tanggang. Sudahlah. Jangan menangis lagi. Nanti tak handsome.” Baim memujuk Aiman. Akhirnya, Aiman tersenyum semula.
“Insya Allah. Esok aku call walidah. Mesti dia tersenyum sampai ke pipi.”
“Aku nasihatkan kau, jangan jadi seperti Alqamah. Walaupun dia buat ibunya terasa hati walaupun sedikit sebab nak menjaga hati isterinya, punya susah Alqamah itu hendak meninggalkan dunia selagi ibunya tidak redha akan perbuatan Alqamah. Akhirnya, ibu Alqamah redha apabila mendengar Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat membakar Alqamah untuk tidak menyeksa diri Alqamah terus hidup di dunia,” cerita Baim. Aiman tersenyum lagi.
“Kau ni kan, kalau jadi penglipurlara, memang layak.” Aiman berseloroh.
“Buat apa jadi penglipurlara. Baik aku jadi pendakwah yang akan mentransformasi dunia ini terutama negara kita.” Mereka berdua ketawa.
‘Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah. Kau telah memberi Baim sebagai sahabatku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertaubat dan membuat walidahku gembira. Ya Allah, kau makbulkan doa sahabatku yang mahu menjadi pendakwah kepada manusia jahil di luar sana. Amin.’ Aiman berdoa kepada Yang Maha Esa, yakni Allah SWT.
…..
“Walidah, Zahrawi minta maaf…”
“Alhamdulillah, ya Allah,” Puan Amani bersyukur dan terharu.
~
Ibrah yang boleh kita dapat di sini ialah kita seWAJIBNYA berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa walaupun mereka suka marah kita, membebel kepada kita, tidak mengizinkan keluar dari rumah, menyuruh kita belajar dan sebagainya.
Lafazkan kalimah yang tersimpan yakni ‘I Love You’ kepada ibu bapa kita sebelum terlambat!

3 comments:

  1. just nak share sedikit ilmu yg ALLAH pinjamkan.. ada 2 cara nak kira current.

    1. if there is only a battery in a circuit, so we will use Ohm's law to calculate the current.

    2. if there are 2 batteries or more in a circuit, so to calculate the current, we will use Kirchhoff's law..

    (^_^)

    ReplyDelete

Popular Posts