Sunday, April 28, 2013

Beramal Tapi masih Gelisah?

Beramal Tapi Masih Gelisah

Salam Alaik,sudah lama rasanya tidak menaip di dalam blog ni..Jadi insyaAllah dengan kudrat dari-Nya ini,kita manfaatkan agar dapat menyumbang ke arah pembangunan Ummah..
Moga2 apa yang d nukilkan ini d terima oleh Allah.

Kita lihat semakin hari manusia semakin lalai dari hari ke hari seakan-akan menganggap dosa itu hanya perkara biasa sehingga ada yang menjadikan ia rutin dalam hidup mereka. Ini kerana kesan dosa itu tidak dirasai oleh pelakunya. Namun dalam masa yang sama ada juga telah merasakan dirinya masih gelisah walaupun beramal soleh.. apakah punca sehingga dua perkara ini terjadi kepada sesuatu individu yang beriman kepada Allah.
InsyaAllah kita membincangkannya bersama dalam tulisan saya kali ini.

Kita mesti melihat dalam sesebuah konteks amal kebaikan mahupun amal soleh  pasti memberikan manfaat yang besar untuk membaikkan dan menerangkan cahaya hati. Akan tetapi kesan amal soleh itu tidak akan dapat kita rasai dan nikmati kelazatannya di dalam hati melainkan kita terus menerus mngerjakan amal kebaikan tersebut.Jadi sesiapa sahaja yang beramal dengan sesuatu amalan akan tetapi telah meninggalaknnya maka murka Allah akan menimpa terhadap mereka seperti yang diterangkan oleh ulama' tasawuf yang bermaksud :

             "Sesiapa yang telah membiasakan diri dengan suatu ibadah kerana Allah lalu ditinggalkan ibadah itu hingga lama masa berlalu ,maka dia akan dimurkai Allah"

Dan ini bertepatan dengan hadith nabi

"Amalan yang paling di sukai oleh Allah ialah amalan yang paling kekal sekalipun ia sedikit"

Jadi berdasarkan hadith ini,maklumlah bahawasanya Allah itu mencinta mereka yang beramal dengan sesuatu amalan yang sudah pastinya istiqamah dalam pelaksanaannya.Jika hari ini kita melaksanakan solat sunat yang banyak akan tetapi kita hanya melakukannya sebulan sekali, memadailah kita bertahajjud 2 rakaat akan tetapi berterusan setiap hari. Bukankah itu lebih mudah untuk diamalkan?
Yakinlah apabila kita berjaya Istiqamah dengan amalan itu,maka akan lahirlah rasa cinta utk beramal dan kita akan berasa ingin beramal dan terus beramal yang pastinya kenalah istiqamah.
Iya ISTIQAMAH!

Kemudian apabila seseorang itu benar-benar mencapai martabat hati mencintai amal dan lazat dalam melaksanakannya  maka akan lunturlah keluh kesah dalam hatinya sehingga dia akan lebih memilih untuk beramal ibadat berbanding daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan dunia.

Dan pada peringkat itulah iman akan benar-benar dirasai dan meresap ke dalam hati seperti meresapnya udara yang segar kepada mereka yang hidup dalam udara yang penuh dengan kekotoran asap dan sebagainya.Secara automatiknya penat dan lelah beribadah itu tidak terasa malah akan terus dan terus mentaati dan amalam itu menjadi santapan buat hatinya yang dahaga akan iman dan rohnya.

Tapi perlu juga kita fokuskan kepada bahayanya dosa terhadap hati yang menjadi pengawal setiap gerak langkah dan perbuatan kita. Melalui perbuatan dan percakapanlah manusia dapat melihat keadaan hati kita sama ada ia kotor atauupun ia suci. Bahaya sesuatu dosa terhadap hati ini samalah juga seperti bahayanya racun terhadap tubuh badan yang mana kesan bahaya itu pastinya berbeza-beza. Sebagai contoh apabila kita menghidap penyakit batuk , adakah sama kesan sakit itu sebagaimana mereka yang menghidap kanser? Begitulah juga perumpamaan kesan sesebuah dosa terhadap manusia , ada yang kuat dan ada juga yang lemah.Semestinya kita kena berpegang dengan ajaran islam yang mana menerangkan bahawa tidak terdapat penyakit dan kejahatan,baik di dunia mahupun akhirat melainkan disebabkan dosa dan maksiat.Orang yang melakukan maksiat itu akan menerima berbagai kesan yang buruk dan lebih parah kesan yang tercela lagi membahayakan hati dan tubuh badan di dunia mahupun di akhirat kita tidak ketahui kedaannya melainkan Allah..

Bagaimanapun, setengah daripada kesan buruk di dunia ini adalah tidak dapat ilmu yang bermanfaat ,kerana ilmu itu adalah nur atau cahaya hidayah yang disemadikan oleh Allah didalam hati.
Maksiat juga akan memadamkan cahaya hidayah yang ada di dalam hati kita.Sperti yang pernah di sebut oleh guru saya suatu ketika dahulu

"Ilmu itu sifatnya adalah cahaya iaitu menerangi hati setiap orang yang berilmu, manakala maksiat itu adalah kegelapan, mana mungkin cahaya dan kegelapaan akan berada bersama dalam satu masa"

Jika cahaya hidayah masih belum ada lagi di dalam hati maka maksiat akan menjadi tembok besar yang menghalang cahaya hidayah untuk memasuki ke dalamnya.Dalam erti kata lain akan menjauhkan lagi seseorang daripada Allah Azza Wa Jalla. Pelaku maksiat juga akan menghadapi kesusahan di dalam kehidupan. Makna di sini bukan pelaku maksiat tersebut akan jatuh miskin dan seumpamanya akan tetapi urusan mereka(pelaku maksiat) akan menjadi sukar dan boleh jadi urusannya tidak dapat di seleesaikan bahkaan akan menjadi bertambah sukar.

Jadi wajib ke atas kita koreksi diri kembali apabila kita semakin menghadapi kesukaran mahupun kesenangan. Ini kera Firman Allah :



وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

Dan apa yang menimpamu dari sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan oleh perbuatanmu; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.


Berpesan-pesanlah kepada kebaikan ~

Selalu lah merasakan diri berdosa supaya kita sentiasa dapat memperbaharui taubat kita..

Allahu Ta'ala A'alam..
:D

Thursday, April 25, 2013

TUNANG? hikhik

~DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM~

Gadis solehah: weee~today kan ana keluar jalan2 beli barang kahwin dengan tunang ana~insyaAllaaahhh lagi 5 bulan kami akan nikah~wink~wink~syukurrr ya allah,kurniakan si dia sebagai imam ku~hee tak sabar~ I love u bee...muack muack~ :'> *blushing*blushing*

7 minutes ago . like . Mangkuk Ayun and 3 other like this .

write a comment....

Lelaki soleh: alhamdulillah juga allah kurniakan bee gadis baik,comel,ala-ala ustazah gitu macam yuyunk~ ♥ ♥ ♥

Gadis solehah: alololo tomei tomei...nak mo la ckp gitu,titew malu la bee~malu la org baca nanti.... :'>

Lelaki soleh: biar la smua org tau,biar smua tau btapa susahnya bee nk dpt wanita solehah mcm yuyunk ni...hihihihi...bee suke la tgk yuyunk pkai purdah baby blue tu,tommeiii~rsa nak picit2 je pipi tu..

Gadis solehah: ish mana adee...biasa2 je....lgpun klu comei,tgk la sape pnya kan?

Lelaki soleh: bee punya laaaaa~ ♥

Ibnu Batoota: Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.....................

Gadis solehah: alamak..dia mai dah....

Lelaki soleh: sapa ni yuyunk???

Gadis solehah: alaaa...jgn crik pasal dgn dia....kawan2 yuyunk semua dah kena,tak kira niqobis ke,bogelis ke,separuh bogelis ke,semua kena...

Lelaki soleh: haa??kena apa bhaa...?tak pe,yuyunk jgn risau...bee kan ade..bee akan pertahankan cinta kita selamanya daripada perosak ni...

Ibnu Batoota: memang mangkuk ayun betui hangpa dua ekoq ni....kan dah keluaq sebijik ayat penang aku....

Lelaki soleh: wei bro,lu sape aarr..lu tak kenal ke gua sape?jgn crik pasal bro...kami x kaco lu,lu jgn kaco org...dia tu tunang gua..bkn org lain...

Ibnu Batoota: hek eleeeehh...tadi bukan main lagi yuyunk yuyunk yuyunk bee bee bee bee babeeee..sekarang nak berlagak jadi KL gengster pulak.....sekali aku tampaq kepala terabuq semua gigi....

Lelaki soleh: woi!lu igt wa takut ke?skit pon tak ketar la brooo...lu sni dtg la ngadap gua,bru tau langit tinggi rendah...gua bkn buat salah pon kt sni,apsal lu nk kecoh???

Ibnu Batoota: hehehehe..kenapa la kat malaysia ni penuh dengan hot swinging bowl macam korang ni?sekejap romeo,sekejap kasanova,sekejap nak jadi KL gengster,tak nak jadi power rangers pulak ke?asal nak tunjuk gengster je kena cakap wa lu wa lu wa lu..cakap "saya awak" tak boleh ek?Sapa pulak yang cakap kamu berdua ni tak buat salah?korang dah kawen ke?

Lelaki soleh: aarh...dulik ape aku...aku orang malaysia,mesti lah senang terpengaruh dengan keadaan sekeliling...aku memang la tak kawen lagi,tapi kami dah tunang,lagi 5 bulan kami nak kawen,kau apa masalah?

Ibnu Batoota: so kalau tunang,kire halal la korang beromen romen depan orang macam ni?bukan main lagi ko konon belajar kat universiti islam,si pmpuan pulak siap pakai purdah lagi,tapi malu tak dak,maruah tak dak,kambing pun lagi malu dari korang la...

Lelaki soleh: ye lah,kami kan dah tunang,biar la kami nak bersayang2 ke apa..lagipun kmi ttp akn kawen nti,kmi bkn kapel pon..klu kapel pon,kmi kapel islamik2 gitu,siap misscall kjut2 tahajud lg,race baca quran,tunang aku tu dlu pakai tudung pendek,skrg dah pakai purdah dah pon,apa salah kami?ko jgn nk rosakkan hubungan kami!

Ibnu Batoota: aku malas nak cakap banyak...kau bace ni bebaik....encik babi,kalau kau bela dia,bagi makan makanan halal,bersih,kemudian kau sembelih elok2,potong elok2,packing elok2,lepas tu letak logo DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM,bende tu tetap encik babi,tak kan jadi halal faham?belajo agama tinggi2 tapi otak ketat,naik sembelit perut aku baca komen2 korang kat atas tu....heck!

Gadis solehah has blocked Ibnu Batoota

~ ~ ~ ~ ~

note: kalau korang tak pernah jumpa fenomena ala ala camni kat fb memang korang penipu besar la....status komen tak boleh blah,buat orang sembelit je baca...Aku tak faham kenapa orang masih tak faham faham yang TUNANG BUKANNYA HALAL LAGI BAGI KITA...TAK KIRA KAU USTAD KE USTAZAH KE,PURDAHIS KE,NIQABIS KE,BOGELIS KE,HARAM TETAP HARAM,KALAU BUAT DEPAN AKU,MEMANG AKU KAHAK HIJAUKAN FB MEREKA...kepada yang terasa,sila cakap "padan muka aku",kepada yang tak terasa tapi terasa ada fren list korang yang buat korang sembelit jugak,sila share dan tag nama orang yang bakal terasa.

MENCAPUBMU??

~CAPUB *cari publisiti*~

kenapa......

Kenape ek?

kenapaaaa.....ye.......?

kenapa buah pinggang aku rasa terbelit uratnya bila tengok "pendakwah-pendakwah fb" suka EDIT GAMBAR SENDIRI ada yang tengah senyum kambing,ada yang tengah buat muka jiwang,ada yang tengah tengok langit kononnya,ada yang tengah tengok pemandangan(gambar dari sisi belakang) lepas tu edit teks AYAT-AYAT ISLAMIK cantik cantik kat gambar tu dan tag sana tag sini tag sana tag sini tag sana tag sini,masuk group islamik ni,ada muka tu,masuk group tak suka dedah aurat ada muka tu,masuk group politik,ada muka tu,masuk group orang gila,ada muka tu,masuk group terrorist,ada muka tu,masuk group niqabis,ada muka tu,masuk group bogelis pon ada muka tu....

ada yang tagih like tapi dapat 10,20 like....
ada yang hensem hensem muka ala2 korea dapat like dari niqabis dan bogelis sampai beribu2...
ada yang purdah purdah letak gambar tunduk2 konon tengah malu dapat like dari serbanis kopiahnis sampai beribu2....
ada yang berzikir-zikir subhanallah,masyallah,alhamdulillah...ini lah wanita/lelaki soleh solehah...
tuan gambar pulak "takde lah,biase biase je...semuanya dari allah.."

=.="

apakah..........

eeeeeiiiiuuwww pelllliiizzzz...meremang bulu roma aku.......

maybe yang like ada seribu,tapi diorang tak tahu ada 10 ORANG JUTA YANG TAK LIKE TU MENYAMPAH GILER DENGAN AMALAN CAPUB (*cari publisiti) KORANG TU...

*apa salahnya letak gambar kambing ke,lobak merah ke,ayam panggang ke,tomyam ke,kereta mr.bean ke,sabun mandi ke,paip air ke lepas tu edit teks islamik cantik-cantik kat situ?naaaaak juga letak gambar sendiri kononnya cantik sangat gambar tu....kalo orang edit gambar ustaz2 femes macam ust azhar ke,ust don ke dan edit teks islamik lain la...sebab memang jelas orang yang buat gambar diorang tu,bukan diorang sendiri letak gambar diri sendiri dan edit-edit cenggitu...

Sape yang rasa diri anda terlibat dengan upacara mencari publisiti murahan seperti ini sila terasa dan cakap "padan muka aku"...sapa yang owsem dan tak pernah tunjuk muka kat fb walaupun tahap hensemnya melebihi piawaian persatuan hensem sedunia,sila LIKE QUICK QUICK SAMPAI PATAH JARI dan sapa yang rasa dalam frenlistnya ada pendakwah2 jenis macam ni yang melebihkan publisti diri dari dakwah tu sendiri...sila SHARE dan tag mereka dengan ucapan indah "sila terasa"....

*Note: aku yang hensem dan owsem ni pon tak pernah tayang muka sendiri kat wall untuk tagih fren request atau like...aku letak gambar pakcik tua naik unta pon orang like dan request friend la...tak payah men capub capub.......aku tulis status bukan nak orang like,nak like,like la,tak nak like sudah,yang penting,apa aku nak cakap,aku punya suka....aku cakap main lepas je,rasanya seperti kentut yang ditahan,bila dilepas terasa lega yang amat~

~busuknya sekejap,tapi mesejnya melekat di hati~ 


TERASA? Silakan.. HEADSHHHHHOOOT!

Saturday, April 20, 2013

Luruskan hati ini ya RABBaL I'ZZATI


Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

Saturday, April 6, 2013

PUISI

Diriku kini masih tercari-cari,
Siapa ku sebenarnya,
Tenggelamnya bulan matinya matahari,
Tinggallah daku sendiri.

Ku cuba mengejar Ukhrawi,
Memotivasikan diri ini,
Ku ingin hindari metafora Duniawi,
Menenggelamkan dilubuk Syaitan.

Telahku mencuba membunuh ia,
Namun tidak berdaya ku melakukannya,
Diriku masih lemah tiada pedoman jiwa,
Tidak dapat ku menghindarinya
Hasutan cinta noda

Diriku bukannya ulama,
Bukan juga ku penderhaka,
Namun tetap ku berdoa,
Dikurniakan keteguhan ia,
Iman dan taqwa....

Ku harap rakan-rakan ku,
Biarlah kita gugur di jalan Al-Ghafur,
Janganlah kita hanyut,
Ditelan hawa nafsu,
Yang menyesatkan dirimu.


*Ingat lagi waktu bersama sahabat shakir mat isa mengolah lagu dan ini hasilnya

Lirik: SHAKIR MAT ISA & Putera Walid
Lagu: Shakir Mat Isa

Popular Posts