Sunday, April 28, 2013

Beramal Tapi masih Gelisah?

Beramal Tapi Masih Gelisah

Salam Alaik,sudah lama rasanya tidak menaip di dalam blog ni..Jadi insyaAllah dengan kudrat dari-Nya ini,kita manfaatkan agar dapat menyumbang ke arah pembangunan Ummah..
Moga2 apa yang d nukilkan ini d terima oleh Allah.

Kita lihat semakin hari manusia semakin lalai dari hari ke hari seakan-akan menganggap dosa itu hanya perkara biasa sehingga ada yang menjadikan ia rutin dalam hidup mereka. Ini kerana kesan dosa itu tidak dirasai oleh pelakunya. Namun dalam masa yang sama ada juga telah merasakan dirinya masih gelisah walaupun beramal soleh.. apakah punca sehingga dua perkara ini terjadi kepada sesuatu individu yang beriman kepada Allah.
InsyaAllah kita membincangkannya bersama dalam tulisan saya kali ini.

Kita mesti melihat dalam sesebuah konteks amal kebaikan mahupun amal soleh  pasti memberikan manfaat yang besar untuk membaikkan dan menerangkan cahaya hati. Akan tetapi kesan amal soleh itu tidak akan dapat kita rasai dan nikmati kelazatannya di dalam hati melainkan kita terus menerus mngerjakan amal kebaikan tersebut.Jadi sesiapa sahaja yang beramal dengan sesuatu amalan akan tetapi telah meninggalaknnya maka murka Allah akan menimpa terhadap mereka seperti yang diterangkan oleh ulama' tasawuf yang bermaksud :

             "Sesiapa yang telah membiasakan diri dengan suatu ibadah kerana Allah lalu ditinggalkan ibadah itu hingga lama masa berlalu ,maka dia akan dimurkai Allah"

Dan ini bertepatan dengan hadith nabi

"Amalan yang paling di sukai oleh Allah ialah amalan yang paling kekal sekalipun ia sedikit"

Jadi berdasarkan hadith ini,maklumlah bahawasanya Allah itu mencinta mereka yang beramal dengan sesuatu amalan yang sudah pastinya istiqamah dalam pelaksanaannya.Jika hari ini kita melaksanakan solat sunat yang banyak akan tetapi kita hanya melakukannya sebulan sekali, memadailah kita bertahajjud 2 rakaat akan tetapi berterusan setiap hari. Bukankah itu lebih mudah untuk diamalkan?
Yakinlah apabila kita berjaya Istiqamah dengan amalan itu,maka akan lahirlah rasa cinta utk beramal dan kita akan berasa ingin beramal dan terus beramal yang pastinya kenalah istiqamah.
Iya ISTIQAMAH!

Kemudian apabila seseorang itu benar-benar mencapai martabat hati mencintai amal dan lazat dalam melaksanakannya  maka akan lunturlah keluh kesah dalam hatinya sehingga dia akan lebih memilih untuk beramal ibadat berbanding daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan dunia.

Dan pada peringkat itulah iman akan benar-benar dirasai dan meresap ke dalam hati seperti meresapnya udara yang segar kepada mereka yang hidup dalam udara yang penuh dengan kekotoran asap dan sebagainya.Secara automatiknya penat dan lelah beribadah itu tidak terasa malah akan terus dan terus mentaati dan amalam itu menjadi santapan buat hatinya yang dahaga akan iman dan rohnya.

Tapi perlu juga kita fokuskan kepada bahayanya dosa terhadap hati yang menjadi pengawal setiap gerak langkah dan perbuatan kita. Melalui perbuatan dan percakapanlah manusia dapat melihat keadaan hati kita sama ada ia kotor atauupun ia suci. Bahaya sesuatu dosa terhadap hati ini samalah juga seperti bahayanya racun terhadap tubuh badan yang mana kesan bahaya itu pastinya berbeza-beza. Sebagai contoh apabila kita menghidap penyakit batuk , adakah sama kesan sakit itu sebagaimana mereka yang menghidap kanser? Begitulah juga perumpamaan kesan sesebuah dosa terhadap manusia , ada yang kuat dan ada juga yang lemah.Semestinya kita kena berpegang dengan ajaran islam yang mana menerangkan bahawa tidak terdapat penyakit dan kejahatan,baik di dunia mahupun akhirat melainkan disebabkan dosa dan maksiat.Orang yang melakukan maksiat itu akan menerima berbagai kesan yang buruk dan lebih parah kesan yang tercela lagi membahayakan hati dan tubuh badan di dunia mahupun di akhirat kita tidak ketahui kedaannya melainkan Allah..

Bagaimanapun, setengah daripada kesan buruk di dunia ini adalah tidak dapat ilmu yang bermanfaat ,kerana ilmu itu adalah nur atau cahaya hidayah yang disemadikan oleh Allah didalam hati.
Maksiat juga akan memadamkan cahaya hidayah yang ada di dalam hati kita.Sperti yang pernah di sebut oleh guru saya suatu ketika dahulu

"Ilmu itu sifatnya adalah cahaya iaitu menerangi hati setiap orang yang berilmu, manakala maksiat itu adalah kegelapan, mana mungkin cahaya dan kegelapaan akan berada bersama dalam satu masa"

Jika cahaya hidayah masih belum ada lagi di dalam hati maka maksiat akan menjadi tembok besar yang menghalang cahaya hidayah untuk memasuki ke dalamnya.Dalam erti kata lain akan menjauhkan lagi seseorang daripada Allah Azza Wa Jalla. Pelaku maksiat juga akan menghadapi kesusahan di dalam kehidupan. Makna di sini bukan pelaku maksiat tersebut akan jatuh miskin dan seumpamanya akan tetapi urusan mereka(pelaku maksiat) akan menjadi sukar dan boleh jadi urusannya tidak dapat di seleesaikan bahkaan akan menjadi bertambah sukar.

Jadi wajib ke atas kita koreksi diri kembali apabila kita semakin menghadapi kesukaran mahupun kesenangan. Ini kera Firman Allah :



وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

Dan apa yang menimpamu dari sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan oleh perbuatanmu; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.


Berpesan-pesanlah kepada kebaikan ~

Selalu lah merasakan diri berdosa supaya kita sentiasa dapat memperbaharui taubat kita..

Allahu Ta'ala A'alam..
:D

No comments:

Post a Comment

Popular Posts