Thursday, January 10, 2013

Untuk apa masa mudamu?

~BISMILLAHIL AKBAR~


Alhamdulillah sekian lama meninggalkan alam blog sebab agak sibuk dengan urusan di  Universiti.Setakat ni masih mampu membawa diri untuk ikut terus apa yang diwajibkan kepada manusia.

Dan bantu membantulah ke arah kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bantu-membantu dalam keburukan dan permusuhan
                                                                                                                 (Al-Maidah : 2)

Hebatnya sahabat dalam memupuk semangat dalam beribadah kepada Allah. Mungkin hari ini kita tidak dapat merealisasikan sebagaimana yang sahabat telah lakukan. Akan tetapi kita kena ingat hidup ini tidak akan terasa manisnya tanpa amalan. Tambahan pula mereka yang masih muda dan masih bertatih dalam mencari identiti diri dan cara hidup yang sempurna. Dalam perkara yang sebegini kita perlu kaji kembali bagaimana untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang . Menurut hadith sohih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya :


Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain dari perlindunganNya : 1) Pemimpin yang adil , 2) Remaja yang membesar dalam beribadah kepadaNya , 3) Lelaki yang telah terpaut hatinya pada masjid , 4) Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, 5) Lelaki yang apabila di ajak berzina oleh perempuan yang cantik dan berpangkat lalu dia menolaknya dengan berkata : sesungguhnya aku takutkan Allah , 6) Lelaki yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak diketahui apa yang diberikan oleh tangan kanan. 7)Lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian sehingga berlinang airmatanya.

                                                                                                                         ( Al-Bukhari )

Jelas disini para remaja atau lebih molek kita gelar syabab , apabila mereka hidup dalam suasana beribadah dan sentiasa bertaqarrub kepada Allah., maka mereka akan dinaungi oleh Allah kelak. Jadi tak perlulah para syabab risau perkara-perkara yang sebegini. Tambahan pula, kehidupan remaja ini adalah kehidupan yang paling seronok untuk melakukan ibadah.

Seperti kisah Abdullah bin Amr bin Al-'Ash
Rasulullah s.a.w telah mendengar darinya : saya mengumpulkan al-quran dan membacanya dalam satu malam

Lalu baginda merasa hiba dan berkata : Sesungguhnya aku khuatir dengan jangka lamanya masa engkau itu akan membuatkan engkau merasa bosan . Jadi habiskan ia selama sebulan.

Abdullah bin Amr berkata, "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu baginda berkata : "Bacalah engkau selama 20 hari "

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah , biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu baginda berkata : "Bacalah engkau selama 10 hari"

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuat dan mudaku ini"

Lalu Baginda berkata : "Bacalah engkau selama 7 hari"

Abdullah bin Amr ulangi kata-katanya : "Wahai rasulullah, biarlah aku menikmati masa kuaat dan mudaku ini"

Lalu baginda menolak permintaan nya untuk singkatkan lagi tempoh membaca sebuah al-quran  kerana ditakuti akan datang rasa bosan.

Inilah semangat yang perlu kita tanamkan dalam diri, beramal dengan apa yang sedia ada. Dengan umur yang remaja inilah kita boleh kaut sebanyak mungkin balasan bagi amalan2 baik.Manfaatkan masa muda dengan perkara-perkara yang berfaedah, cari ilmu sebanyak mungkin dan teruskan menggali sehingga jumpa emas yang dicari.
Manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara: Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati


sebelum kita dipanggil bertemuNya marilah kita berusaha agar apabila bertemu denganNya kita akan menerima buku amalan di tangan kanan bukan di tangan kiri.  

Jadi apa tunggu lagi?? JOM BERUBAH!

1 comment:

  1. nice+hebat entry ini..thanks for sharing..teruskan bertinta buat agama..

    ReplyDelete

Popular Posts