Friday, October 26, 2012

Aku disini baik-baik saja

Saat ini,aku baru sahaja membaca sebuah tulisan..aku tertanya-tanya, adakah mungkin tulisan itu tidak kena mengena dengan aku?,tapi isinya seolah-olah tepat ke arahku..ya benar,memang amat tepat.


"Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?"

Sedarkan aku wahai Allah..hari ini berapa ramai wanita yang aku pandang,yang aku tenung.. aku tidak tahu mengapa,adakah kau tujukan ayat ini pada aku?
Kau perlu tahu,aku ini bukanlah lelaki yang mampu menundukkan pandangan terhadap wanita apatah lagi tidak mengendahkan. .kerana kehidupan ku sehari-hari terpaksa berhadapan dengan semua itu. .tapi aku harap engkau tidak meletakkan perbuatan itu sesuatu yang menjatuhkan maruahku, melalui perkara-perkara itu aku belajar untuk berurusan dengan makhluk yang menghilangkan rasa jemu di syurga,ya wanita...perkataan yang bisa menggegarkan dunia. .tapi engkau teruskanlah dengan azammu itu wahai ......cuma aku meminta jangan meletakkan harapan yang tinggi pada makhluk bernama lelaki. . .

Benar apa yang engkau lakarkan,jiwa remaja sentiasa ingin di sayangi dan menyayangi. .aku juga begitu. .seringkali aku tertumpas dengan 'jiwa' ini.. .gembira sungguh hati membaca bahawa engkau hanya ingin menjaga hatimu hanya untuk suamimu..teruskan azam itu,jangan biarkan hati itu menjadi labuhan hati lelaki lain.. :')

Wahai engkau yang disayangi Allah,mungkin hari ini engkau diuji dengan seorang lelaki ingin mengenalimu. .namun aku diuji dengan rasa ingin mengenali seseorang..tapi engkau jangan risau di sana,sebab aku disini bukanlah mencari cinta insan..tapi mencari ilmu yang ingin ku bawa untuk memikul amanah dari Allah kelak.. aku baik-baik saja. ^_^

Betul katamu..selagi belum diikat dengan ikatan yang sah,jangan biarkan syaitan itu terus menggodamu..peganglah syariat agama...

Malam ini membuka mataku semula..syukran A'alaik Ya Allah..

By; ~Lakaran Kasih~
        "Putera Walid"             11.54 p.m

_Hati-Hati mencari Hati_

No comments:

Post a Comment

Popular Posts